CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nadir Al-Nuri Dedah Sesuatu Tentang Siti Sarah

9-8-2021 09:40 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 7289| Komen: 31|Original author: Oleh: Saiful

Seluruh rakyat Malaysia terkejut dengan pemergian penyanyi, Siti Sarah yang meninggal dunia hari ini, Isnin.

Melalui Facebook, rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza,Nadir Al-Nuri sempat berkongsi kebaikan yang dibuat Sarah ketika hayatnya.


Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia berkata, Sarah ada menghubunginya melalui DM menyatakan hajatnya untuk mengorbankan seekor lembu untuk umat Islam di Gaza.


Foto: IG

???Tersentap sekejap baca berita pemergian Siti Sarah. Saya dihubungi Siti Sarah sebelum Raya Haji lepas untuk dia ikuti program korban di Gaza.

???Masa itu saya terkejut dia maklumkan untuk korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit.


???Bukan satu bahagian sahaja, seolah-olah dia sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir,???tulisnya.


Menurut mesej tersebut, sebenarnya Sarah nak buat korban diam-diam sahaja.

???Fasal nak post ni saya kalau boleh nak diam-diam. Tapi betul juga mungkin salah satu tanggungjawab saya sebagai orang Islam untuk war-warkan tentang korban di sana,"tulis arwah.


Nadir juga menambah Sarah adalah seorang yang sangat prihatin dengan nasib umat Islam dan sering bertanya tentang perkembangan di Gaza.

???Dia kerap berhubung bertanyakan tentang keadaan saudara kita di Palestin.

???Rupa-rupanya Allah takdirkan nyawa beliau diambil dalam keadaan memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka.

???Malah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging pada tahun ini."

Al-fatihah buat Siti Sarah.-CARI

6

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • dalliha6781

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 9-8-2021 09:45 AM
     
      
Semoga Allah ampuni dia,  rahmati dia,  muliakan kematian dia,  lapangkan kuburnya dan berikan kesabaran kepada ahli keluarganya dan semoga dia di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.
Quote anony-mous 9-8-2021 09:50 AM
Untung siti sarah, sbb penghujung umur dia semuanya yg baik2. Pergi dlm husnul khatimah
Quote Bunga88 9-8-2021 09:54 AM
Innalillah
Quote nura19 9-8-2021 10:02 AM
Al fatihah...
Quote anony-mous 9-8-2021 10:06 AM
Semua artis tgh bukak kebaikan sarah ni. Terkejut sheol sikit pon x sombong lepas tu uqasha nk beli tudung dia nk bg free, uqasha nk dia menyanyi, pon dia nak menyayi free utk wedding uqasha.

Sesungguhnya i jealous dgn pemergian sheol. Dah lah pakaian baik menutup di akhir2 hidup, meninggal lepas melahirkan (syahid kecil, x ada dosa) lepas tu sakit, penghapus dosa lg, 1 malaysia doakan kebaikan
Quote applecomel 9-8-2021 10:13 AM
Innalillah
Quote sarah82 9-8-2021 10:13 AM
Innalillahi wainna ilaihi raji'un..
Quote ciksaenara 9-8-2021 10:15 AM
still can't believe it... Al Fatehah..
Quote cikgojesss 9-8-2021 10:18 AM
belah setilah pun ada share kebaikan sheols..
Quote papadomku 9-8-2021 10:19 AM
InsyaAllah syurga buat Sarah. sebak pulak baca post nadir ni. semoga Allah kurniakan husnul khotimah utk kita semua juga. Amiin
Quote slyfynx 9-8-2021 10:20 AM
Edited by slyfynx at 9-8-2021 10:21 AM

My personal opinion ye.
Amal baik arwah tu betul kite boleh share.
Tp,
1. Bukan hak kita untuk share perbualan.
2. Bukan hak kita jugak untuk share detail jumlah sedekah.

Mende baik ni, hatta orang lain pun, x perlu terlalu dihebah2 kan.
Daripada positif mende akan jadi negatif.

Dan pandangan semua orang x sama.
Sat lg ade yang pertikai pulak mane dpat duit byk mcm tu and so on.
Just cerita arwah sempat laksanakan korban untuk tahun ni pun dah cukup

Edit... and yes, aku nmpk die ade bg keizinan. Tp... itu untuk di post ketika die masih ada.

Ntah la.
Pendapat masing2
Quote Tinot7 9-8-2021 10:22 AM
Takziah kpd keluarga.
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
Quote kodoklawa 9-8-2021 10:28 AM
kematian yang menghidupkan hati yang mati .
Quote domestobot 9-8-2021 10:30 AM
tunggang jangan tak tunggang. orang mati camne nak defend atau confirm apa dia cakap dah.
Quote cik_nit 9-8-2021 10:38 AM
AlFatihah...
Quote Acikgomen 9-8-2021 10:47 AM
anony-mous replied at 9-8-2021 10:06 AM
Semua artis tgh bukak kebaikan sarah ni. Terkejut sheol sikit pon x sombong lepas tu uqasha nk beli  ...

Kannn
Awal2 gedik sana gedik sini, teringat pulak acik masa Kiki dance tgh viral dulu, sheols pun beriye dok menari tepi jalan sampai si soeb blah tinggai dia kontang kanting tgh panas tu
Ujong2 dlm rahsia, Allah jentik hati sheols utk berbuat baik pada ramai org senyap2 walaupun kat ig kalo buat bideo masak tuh memanjang dia bebel sukati tekak dia nak masak guane pong katanye
Sementara ada setengah org pulak lebih seronok flex idop kekonon zuhud tapi tak berapa zuhud sbb show off kebaikan, tonggang agama selagi boleh
Bila kita mati dlm keadaan org yg masih hidup tetiba sebarkan rahsia kebaikan kita masa hayat, tu mmg ciri2 kematian husnul khotimah

Hebatkan plan Allah
Quote midori_katana 9-8-2021 10:47 AM
slyfynx replied at 9-8-2021 10:20 AM
My personal opinion ye.
Amal baik arwah tu betul kite boleh share.
Tp,

baguslah kita yg hidup menyebutkan kebaikan arwah semasa hidupnya, bukannya tuan punya badan yg dok canang kebaikan sendiri ketika hayat masih ada.
Quote Vellfire 9-8-2021 10:53 AM
Al-Fatihah dan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Quote izat123 9-8-2021 10:55 AM
Acikgomen replied at 9-8-2021 10:47 AM
Kannn
Awal2 gedik sana gedik sini, teringat pulak acik masa Kiki dance tgh viral dulu, sheols pun ...

Aku tak follow ig dia walaupun lagu lagu dia dulu banyak je aku suka. Tapi baru last week lalu video dia masak ketam tu kat feed ig. Kelakar jugak takdelah fake pun. “Ikut mung lah masuk banyok mana”. Alfatihah untuk Sarah.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.064246 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top