Tanpa menafikan keburukan kecam badan (body shaming) yang sering kali disalahkan sebagai gurauan, sebenarnya masih ada yang bersikap talam dua muka. Melihat individu berbadan gempal, berkulit gelap, berhidung kemek dan sebagainya menjadi bahan ejekan dan perlian, golongan inilah yang akan mempertikaikan body shaming itu. Namun, dalam masa sama golongan ini juga yang menjunjung tinggi mereka yang berbadan kurus, berkulit cerah dan berhidung mancung dalam apa jua urusan. Seolah-olah ada bias di sini. Jadi, apabila ada remaja yang ditolak mentah-mentah untuk bekerja hanya kerana gemuk, itu kan body shaming namanya! Sesungguhnya mereka yang mempunyai kecantikan mengikut standard media masa (wajah bujur, berkulit cerah, tinggi dan langsing) mempunyai peluang lebih cerah mendapat peluang pekerjaan berbanding wanita yang gemuk. Lebih dasyat, mereka yang mempunyai kulit gelap dan seterusnya akan terus diejak atau pun diketepikan. Jadi, anda yang di luar sana ada cadangan untuk mengubah persepsi sebegini? Atau memang mentaliti sudah tidak boleh diubah? - CARI
|
Kurex replied at 9-8-2021 01:15 PM
Dulu iols dihina dikutuk leher berlapis, buncit, gemuk.. iols anggap tu sebagai kata2 semangat. Seka ...
fairy_fairy replied at 9-8-2021 04:40 PM
Iols nak ambil new staff jaga kiosk pun tengok BMI. Satu kiosk perlukan 3 orang staff. Kalau ambil ...
ADVERTISEMENT