NIGERIA: Seorang kanak-kanak perempuan yang diculik oleh kumpulan militan Boko Haram dari bandar Chibok dibebaskan selepas tujuh tahun terpisah dengan keluarga.
Gabenor Borno, Babagana Zulum berkata, kejadian yang berlaku pada 2014 menyaksikan lebih 200 murid diculik pada waktu malam di sebuah sekolah yang terletak di timur laut bandar itu. Penculikan itu mendapat liputan antarabangsa dengan kempen dalam sosial media dengan tanda pagar #bringbackourgirls. Katanya, seramai 270 murid diculik dengan 82 orang dibebaskan selepas rundingan pada 2017. Manakala, seramai 113 murid dipercayai masih berada dalam tahanan militan dan selebihnya sudah melarikan diri atau diselamatkan.
“Mangsa yang sudah diselamatkan itu akan diberikan rawatan psikologi dan perubatan sebagai sebahagian daripada program pemulihan oleh kerajaan,” katanya. -CARI Sumber: Utusan
|
MontanaHannah replied at 22-8-2021 01:48 PM
ada lelaki Melayu ikhlas memperisterikan wanita Nigeria dan kulit hitam lain???
supernaturalee replied at 22-8-2021 05:31 PM
Org pas lh kot
dani-rox replied at 23-8-2021 10:05 PM
Comel2 muka budak dlm gambar hiasan. Ai bole nampak potensi dan ciri2 high fashion supermodel di sit ...
acikhan replied at 24-8-2021 06:49 AM
manis2 nyer muka budak2 nie walaupun kulit gelap...ade stgh negara afrika walaupun gelap muka dorg m ...
ADVERTISEMENT