Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengucapkan takziah atas pemergian penyanyi, Siti Sarah Raissuddin melalui ciapan di Twitter beliau hari ini. “Takziah kepada keluarga Siti Sarah Raissuddin dan kepada semua ahli keluarga rakyat Malaysia yang telah terkorban akibat Covid-19,” tulisnya. Ketika ini, selain rakan-rakan selebriti dan warga industri seni hiburan tanah air menitipkan salam takziah menerusi media sosial, di Twitter sohor kini dengan sejumlah 157,000 pelayar menyebut dan berkongsi kebaikan Allahyarham Siti Sarah. Untuk rekod, Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19. Allahyarham meninggalkan tiga anak mereka iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, termasuk bayi pramatang Ayash Affan, lapan bulan. Sumber: UTUSAN ONLINE
|
Kitty_catz replied at 9-8-2021 02:25 PM
ramai lagi kut yg terkorban DG, hari2 beratus2... kira sbb retis smua dipermudahkan kut
kezen sta ...
mamajawie replied at 9-8-2021 02:40 PM
I have to admit double standard tu wujud ye..
exclusive_vvip replied at 9-8-2021 02:44 PM
I ok jah DG up ucap takziah pada keluarga arwah Siti Sarah..biar terbuka mata sikit pada org2 yg ami ...
dua_chzy replied at 9-8-2021 02:48 PM
Begitulah dunia.
Walaupun artis je pun yang meninggal tu.
Kitty_catz replied at 9-8-2021 02:25 PM
ramai lagi kut yg terkorban DG, hari2 beratus2... kira sbb retis smua dipermudahkan kut
kezen sta ...
mamajawie replied at 9-8-2021 02:51 PM
I is okay je cikgu..tapi pasni konfem ramai la rakyat bersuara marahkan kerajaan sebab kes makin t ...
Kitty_catz replied at 9-8-2021 02:25 PM
ramai lagi kut yg terkorban DG, hari2 beratus2... kira sbb retis smua dipermudahkan kut
kezen sta ...
aderaderker replied at 9-8-2021 02:47 PM
I ok je dgn tweet DG tu.
Sbb arwah Sarah ni dikenali.
Macam... celik sikit mata tu semua!
exclusive_vvip replied at 9-8-2021 02:44 PM
I ok jah DG up ucap takziah pada keluarga arwah Siti Sarah..biar terbuka mata sikit pada org2 yg ami ...
ADVERTISEMENT