Pekerja sisa buangan di Ohio menemui wang berjumlah AS$25,000 (RM105,000) selepas sebuah keluarga secara tidak sengaja membuangnya ketika membersihkan rumah. Pegawai Republic Services di Lorain County menerima panggilan daripada sebuah keluarga minggu lalu mengenai sampul berisi AS$25,000 yang dibuang sebelum diangkut lori sampah.
“Mereka sekeluarga sedang membersihkan rumah, mencuci peti ais dan buang semua sampah sehingga nenek mereka mengingatkan supaya jangan terbuang duit dalam sampul,” kata Penyelia Operasi, Gary Capan. Namun, cucu wanita itu secara tidak sengaja membuang sampul tersebut. Capan berkata, pasukannya berjaya menghubungi pemandu trak sebelum tiba di tapak pelupusan sampah. Katanya, dia hanya mengambil masa selama 10 minit bagi mencari lokasi beg itu dan gembira dapat membawa berita baik kepada orang lain.
Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT