Jabatan Siasatan Jenayah Polis Taif menahan seorang lelaki didakwa membunuh isteri yang baru dikahwininya dengan kejam. Lapor Saudi Gazette, suspek didakwa membunuh isterinya dengan menghentakkan batu ke kepala wanita itu sebelum melanggarnya dengan kereta.
Menurut polis, insiden menyayat hati itu berlaku seminggu selepas pasangan tersebut berkahwin. Kejadian berlaku ketika suspek berusia 30-an dalam perjalanan pulang dari sebuah daerah bersama isterinya ke Taif. “Ketika dalam perjalanan, suspek tiba-tiba menghentikan kereta, menolak keluar isterinya dan menghentak kepala wanita itu dengan batu. "Kemudian, suspek melanggar mangsa dengan kereta dan melarikan diri,” menurut sumber polis. Polis dan pasukan paramedik dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada orang ramai yang menemukan mangsa berlumuran darah di tepi jalan.
Wanita itu dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia akibat kecederaan parah. Polis kemudiannya memburu suspek sebelum lelaki itu menyerah diri di al-Zima iaitu kawasan berhampiran Mekah. Sumber: Utusan
|
tumpanglalu74 replied at 9-8-2021 05:25 PM
What makes a groom kill his bride? Probably tak pueh hati dengan rupe paras setelah bayor mahar mah ...
cmf_premierleag replied at 9-8-2021 05:41 PM
sblm ni kan ada kes puteri ereb lari dr yestana
sheols siap naik kapal dah nak masuk perairan sem ...
ADVERTISEMENT