Sukan berbasikal trek mencuri tumpuan seluruh rakyat Malaysia apabila jaguhnya Datuk Azizulhasni Awang berjaya merangkul pingat perak buat negra dalam acara Keirin Olimpik Tokyo 2020.
Selain kecemerlangan Azizul dan Shah Firdaus, seorang lagi yang menjadi perhatian ramai ialah pacer bagi acara tersebut yang merupakan seorang warga emas. Namun, tahukah anda warga emas tersebut bukan sekadar orang biasa yang diambil menjadi pacer, tetapi dia juga merupakan seorang Olimpian. Menerusi laman Twitter, seorang pengguna berkongsi tentang informasi pacer tersebut yang juga jaguh berbasikal Jepun, Sakamoto Tsutomu. Pacer atau nama lainnya Derny digunakan bagi mengawal kelajuan pelumba. Pacer akan membawa pelumba untuk tiga pusingan pertama dan akan keluar dari trek pada pusingan ke-3 pada anggaran kelajuan 50km/j.
Pelumba tidak dibenarkan memotong pacer sehingga dia keluar dari trek. Kemudian, pelumba akan bersaing sesama sendiri untuk tiga pusingan terakhir bagi merebut kedudukan terbaik. Di ruangan komen, ramai warga maya meluahkan rasa kagum terhadap pacer terbabit yang menjadi kebanggaan warga Jepun dalam sukan berbasikal trek. Tidak kurang juga yang mengusik Azizul boleh menjadi pacer apabila dia bersara kelak jika Malaysia menjadi tuan rumah bagi sebuah acara sukan. Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT