Walaupun emas hampir di dalam genggaman, tetapi rakyat Malaysia tetap berbangga dengan pencapaian pelumba basikal Datuk Azizulhasni Awang yang merangkul pingat perak hari terakhir Olimpik Tokyo 2020.
Ramai yang mengalirkan air mata gembira dengan pencapai yang begitu dramatik dan penuh dengan pengorbanan itu. Bagaimanapun seperti biasa rakyat Malaysia akan cuba mengubat rasa kecewa dengan menumpang glamour dengan atlet negara lain dengan mencari hubung kait walaupun ia ibarat bau-bau bacang sahaja. Begitu juga dengan kes Joseph Choong, heptathlete Inggeris yang memenangi emas untuk negaranya di pentathlon moden lelaki. Ayah Choong, Michael adalah seorang doktor kelahiran Seremban yang berpindah ke London pada tahun 1990 di mana dia berkahwin dengan ibu Choong, Beverly, juga seorang doktor. Setelah belajar di St Paul’s Institution yang terkenal, Michael mendorong gaya hidup aktif untuk anak-anaknya Joseph, 26 dan adik lelaki Henry, 23, yang juga pentathlete moden dan mengambil bahagian di Youth Championship.
Bagaimanapun seperti biasa rakyat Malaysia akan cuba mengubat rasa kecewa dengan menumpang glamour dengan atlet negara lain dengan mencari hubung kait walaupun ia ibarat bau-bau bacang sahaja. Begitu juga dengan kes Joseph Choong, heptathlete Inggeris yang memenangi emas untuk negaranya di pentathlon moden lelaki. Ayah Choong, Michael adalah seorang doktor kelahiran Seremban yang berpindah ke London pada tahun 1990 di mana dia berkahwin dengan ibu Choong, Beverly, juga seorang doktor.
|
MFR_IN replied at 11-8-2021 11:59 AM
Nak bangga apa.die pun xnak duduk Malaysia. Xpayah claim la org mcm ni.puii
ADVERTISEMENT