CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Abang Siti Sarah Pula Dijangkiti, Bertarung Nyawa Di Hospital-Shuib Fobia

11-8-2021 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 83232| Komen: 912

Ketika keluarga Siti Sarah masih berduka atas pemergiannya, abang kepada penyanyi itu iaitu Ahmad Firdous Raisuddin pula dikhabarkan sedang bertarung melawan Covid-19 di Hospital Serdang, Selangor.


Begaimanapun menurut adik iparnya yang juga pelawak Shuib Sepahtu, Ahmad Firdous kini berada dalam keadaan stabil.

Perkara itu dimaklumkan Shuib selepas selesai majlis tahlil buat Allahyarham isterinya pada Selasa malam.

Foto: mStar

"Saya jadi fobia apabila oksigen dia drop tapi Alhamdulillah keadaan abang ipar kini stabil. Ini hari kelapan dia kuarantin.

"Tolong doakan abang ipar saya terus kuat," katanya.

Sementara itu Shuib turut berkongsi berita gembira apabila dia bakal bertemu anak keempatnnya yang diberi nama Ayash Affan buat kali pertama pada Rabu.

"Esok (Rabu) buat kali pertama saya akan jumpa Ayash Affan di hospital.

"Saya tak sabar nak jumpa, nak pegang dia... tapi dalam masa yang sama saya sangat sedih sebab ibu dia tak sempat jumpa dia.

"Dia (Siti Sarah) gadaikan nyawa dia untuk selamatkan anak kami," katanya.

Foto: mStar

Ayash Affan, cahaya mata keempat Shuib dan Siti Sarah berjaya dikeluarkan daripada kandungan ibunya pada Jumaat lalu.

Majlis bacaan tahlil secara virtual hari kedua buat Siti Sarah yang dipimpin oleh PU Hafiz itu turut disertai rakan artis seperti Jep Sepahtu, Fad Bocey, Azad Jasmin, Naim Daniel, Misha Omar, Adira Suhaimi, Datuk Fizz Fairuz dan Indah Ruhaila serta bapa Sarah, Raisuddin Hamzah.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MelahJanda 11-8-2021 10:31 AM
apa nak fobianya...dah engkorang mmg sentiasa merayau merata siap kena kompaun tak follow sop sedari awal?

habis seluruh ahli keluarga kena covid kan?

ni ke artis contoh uols. ce kabo kat akak niii..stress aku dgn rakyat malaysia yg bengap jika kamu menganggap inilaaa artis contoh. omaigod!
Quote Tinot7 11-8-2021 10:38 AM
Get well soon
Quote midori_katana 11-8-2021 10:39 AM
pening iols bod gos penuh dgn page sarah jer minggu ni..
tadi iols baca berita isteri pelakon kerdil nama badrol pun nazak atau baru meninggal tapi tak sure yg mana. pening sikit kes ni.. dia kata semalam doc call kata meninggal, hari ni doc lain pulak call kata nazak...
Quote prettyuglybabe 11-8-2021 10:43 AM
MelahJanda replied at 11-8-2021 10:31 AM
apa nak fobianya...dah engkorang mmg sentiasa merayau merata siap kena kompaun tak follow sop sedari ...

orang malaysia gitu la.. buat la apa pun..bila mati, semua lupakan kisah lalu pandang yang baik je gitu
Quote CiliPadiSedap 11-8-2021 10:46 AM
midori_katana replied at 11-8-2021 10:39 AM
pening iols bod gos penuh dgn page sarah jer minggu ni..
tadi iols baca berita isteri pelakon  ...

doc pun dah pening ( drain out , penat ). rasanya misscommunication. sebaiknya doc tak keluar statement hanya pewaris keluar statement.
Quote midori_katana 11-8-2021 10:48 AM
CiliPadiSedap replied at 11-8-2021 10:46 AM
doc pun dah pening ( drain out , penat ). rasanya misscommunication. sebaiknya doc tak keluar stat ...

tu lah... iols pun rasa doc dah drain out! kesian depa... harap2 dua minggu lagi tak muncul cluster dine in pulak..
Quote MelahJanda 11-8-2021 10:48 AM
prettyuglybabe replied at 11-8-2021 10:43 AM
orang malaysia gitu la.. buat la apa pun..bila mati, semua lupakan kisah lalu pandang yang baik je ...

dah 3 retis dah mati ( semuanya berkait dgn pelawak) tetiba la rakyat malaysia menjulang julang..
kossernya sis
Quote Normabaru 11-8-2021 10:53 AM
MelahJanda replied at 11-8-2021 10:31 AM
apa nak fobianya...dah engkorang mmg sentiasa merayau merata siap kena kompaun tak follow sop sedari ...

Well said sis vogue hehe
Quote prettyuglybabe 11-8-2021 10:54 AM
MelahJanda replied at 11-8-2021 10:48 AM
dah 3 retis dah mati ( semuanya berkait dgn pelawak) tetiba la rakyat malaysia menjulang julang..
...

sebab dikenali maka dijulang la..orang kebanyakan tak dikenali buat kebaikan setinggi langit pun mati dilupakan saja..
Quote MelahJanda 11-8-2021 10:56 AM
Normabaru replied at 11-8-2021 10:53 AM
Well said sis vogue hehe

aku geram semua anggap diorg ni contoh! helo! contoh tak baik kot? merayau merata dan mati. tragedi tau tak. nobody wants to die this way.
Quote CiliPadiSedap 11-8-2021 10:57 AM
midori_katana replied at 11-8-2021 10:48 AM
tu lah... iols pun rasa doc dah drain out! kesian depa... harap2 dua minggu lagi tak muncul cluste ...

ada punya. confirm.

kes mmg dijangka spike 29000, tp kaka rasa akan lebih dari tu. sbb variant lambda delta belum merebak sepenuhnya.

tgk google mungkin ada variant apabila swab test, atau air liur, punggung kerak xdpt detect covid. masa tu mungkin manusia tumbang merata rata. menurut kalendar golongan freemason and sewaktunya another wave 2025, mereka  ramal ikut kalendar matahari ( kaka dapat dari group telegram yang tgh prepare world war 3 ). dia org dh borong biskut makanan tahan berpuluh tahun kt shopee lazada. kalau cari makanan askar, biskut di lazada shopee sold out . mereka dah borong.


mungkin kalendar matahari ni tepat. sbb bila matahari dah terbit dari utara masa tu all out bukan pandemic tp kiamat.
Quote MelahJanda 11-8-2021 10:58 AM
prettyuglybabe replied at 11-8-2021 10:54 AM
sebab dikenali maka dijulang la..orang kebanyakan tak dikenali buat kebaikan setinggi langit pun m ...

hehe betul tu

this is how it works kat malaysia ni kot. pasrah je lah
Quote kaseh80 11-8-2021 10:58 AM
Semuanya utk soc media content
Quote Normabaru 11-8-2021 11:00 AM
MelahJanda replied at 11-8-2021 10:56 AM
aku geram semua anggap diorg ni contoh! helo! contoh tak baik kot? merayau merata dan mati. traged ...


Ayat soeb tersentak tu sah2 demi content!!

Nk muntah kaka tgk reputs sama naik bebal.. Tu bini dia kot. xkn dia tak tahu bini dia da cucuk ke blom...lps tu sebok langgar sop nk raih simpati

vangang abadi!!!
Quote MelahJanda 11-8-2021 11:03 AM
Normabaru replied at 11-8-2021 11:00 AM
Ayat soeb tersentak tu sah2 demi content!!

Nk muntah kaka tgk reputs sama naik bebal.. Tu bi ...

aku pun mujur tak muntah dpn screen telepon ni

kat cari porem ni cukupla, thread pasal retis ni saja dah 15 kot kot

tu belum kat fesbuk

yaampun group pasal lukisan pun semualah melukis muka retis sajaaa..dahla tu hudoh pulak lukisannya.

aman aman lagi aku gi group fesbuk artwork mat saleh dan cina. lega otak
Quote MelahJanda 11-8-2021 11:05 AM
tu belum aku g grup fesbuk masak apa harini

weh korang takde keje lain ke masak ketam sebab tengok dlm ig retis. masak sambil menangis katanya!

otak org malaysia ni...i just kenot
Quote Normabaru 11-8-2021 11:05 AM
MelahJanda replied at 11-8-2021 11:03 AM
aku pun mujur tak muntah dpn screen telepon ni

kat cari porem ni cukupla, thread pasal retis ni ...

part lukisan tu haahahahahah kijam ko melah oiiii
Quote MelahJanda 11-8-2021 11:07 AM
Normabaru replied at 11-8-2021 11:05 AM
part lukisan tu haahahahahah kijam ko melah oiiii

hehehehe

aku roll eyes je bila terjumpa. takkan nak komen pulak.
Quote trexxxxxi 11-8-2021 11:10 AM
MelahJanda replied at 11-8-2021 11:31 AM
apa nak fobianya...dah engkorang mmg sentiasa merayau merata siap kena kompaun tak follow sop sedari ...

Kaka Melah... Kalau meols cakap mende sama... Nanti dikatakan busok hati

Apapun meols harap Soeb tone done sikit
Dah nampak macam content
Kes SPRM tu jangan senyap pulak

Lihat semua komen(912)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.261125 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top