Alor Setar: Baru kenal dua bulan, tapi sudah beberapa kali menyewa hotel bajet terutama ketika cuti, dengan alasan untuk berjumpa melepaskan rindu, selain mahu berehat.
Perbuatan pasangan kekasih itu akhirnya terbongkar apabila mereka dicekup kerana disyaki berkhalwat di hotel bajet di Jalan Putra, Mergong di sini, hari ini. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, mereka dicekup jam 4.20 pagi tadi oleh sepasukan anggota dari Pejabat Agama Daerah Kota Setar (PADKS) yang diketuai Mat Nasir Dali. Beliau berkata, pemeriksaan dilakukan hasil maklumat awam. "Hasil siasatan mendapati, wanita berusia sekitar 30-an itu turut mendakwa kini dalam proses bercerai dengan suaminya.
"Dia yang menetap di Kuala Kedah itu bekerja di sebuah pasar raya di Mergong dan tidak mempunyai anak," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Radzi berkata, lelaki itu pula berusia 33 tahun dan masih bujang serta bekerja di sebuah kilang di Jitra dan menetap di daerah itu. Beliau berkata, mereka memberi alasan untuk berehat di situ dan biasanya mendaftar masuk di hotel berkenaan jam 8 malam. "Hasil soal siasat mendapati, mereka kerap menyewa hotel bajet itu ketika waktu cuti dan baru berkenalan dua bulan," katanya. Berikutan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Baru kenal dua bulan, tapi sudah beberapa kali menyewa hotel bajet terutama ketika cuti, dengan alasan untuk berjumpa melepaskan rindu, selain mahu berehat.
xpdckelate replied at 11-8-2021 08:52 AM
PASANGAN berkenaan. FOTO Ihsan JAIK
sarah82 replied at 11-8-2021 09:18 AM
Jln putra.. Hotel bajet apa ada kat situ? Jap.. Ohhhh.. Yg bertentang dgn Maybank tu ka?
nakkomenjugak replied at 11-8-2021 09:07 AM
hanya mampu ngesek di tilam buruk jah
samperit replied at 11-8-2021 09:21 AM
ape ni sundiri tanya sundiri jwb
miszclassique replied at 11-8-2021 09:32 AM
Hotel apooooo, ada katil ke tuh... Geli nampak tilam takda cover.... kot ye pun nak buat projek, ber ...
sarah82 replied at 11-8-2021 09:24 AM
Masa aku taip tu.. Aku dok bygkan jalan putra.. Aku ingat ada bbrp hotel 3 & 4 Bintang.. Aku bygka ...
xpdckelate replied at 11-8-2021 08:54 AM
dh banyak kali
samperit replied at 11-8-2021 09:39 AM
amboii sis detailnya
byk ke duit ambik dkt maybank tu? bak mai sikit
Buritan replied at 11-8-2021 09:39 AM
Omputih sgttt.. jumpa terus cium terus tido sama.. koh koh.. leh buat filem ni.. film rimantik..
...
ADVERTISEMENT