CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Antivaksin Jilat Troli, Barangan Pasar Raya- Buktikan Diri Tak Takut Covid-19

11-8-2021 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2750| Komen: 22

DENVER, COLORADO – Seorang wanita antivaksin dari Amerika Syarikat merakam gambarnya yang sedang menjilat beberapa objek di sebuah pasar raya bagi menggalakkan orang ramai hilang rasa takut terhadap wabak Covid-19, lapor akhbar Daily Star semalam.


Jodie Meschuk, dalam kritikannya terhadap peraturan pemakaian pelitup muka itu turut bergambar dengan anak lelakinya dalam video tersebut sambil berkata, “Oksigen dan senyuman bersamaan dengan kehidupan.

“Kuman menguatkan sistem imun anda. Pendedahan kepada kuman membina pertahanan bagi melawan asma dan alergi. Mikroba membantu pencernaan,” tulisnya pada kapsyen dalam video tersebut.


Kredit foto: IG


Meschuk kemudiannya merakam video dia menjilat beberapa objek termasuk beg untuk meletakkan sayur-sayuran, troli barangan serta getah pemegang pintu peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan minuman keras.


“Bebaskan diri anda! Atasi rasa takut,” katanya.

Tindakan wanita itu kemudiannya menerima kecaman dengan ramai yang menyifatkan perbuatan itu sebagai menjijikkan kerana objek-objek tersebut dipenuhi dengan air liurnya.

Selain itu, Meschuk turut menerima banyak komen yang disifatkannya sebagai ‘kejam’ di laman media sosialnya selepas video tersebut menjadi viral.

“Mengapa sesetengan orang mengeluarkan perkataan-perkataan yang penuh dengan rasa benci dan mengharapkan orang lain sakit?” soal wanita itu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 11-8-2021 10:58 AM
Lantak hangpala.. smlm.bpk bodo bwk anak baru menetas duk dpm kedai aceh..jln sana sini.sinun dgn apak tak pakai mask..
Quote borrow 11-8-2021 11:11 AM
oklah tu, sheols nk immunity secara natural.  Pergilah jilat virus tu. Yg nak immuniti secara vaksin , cucuk. Sama2 berusaha capai herd immuniti utk komuniti. hehe..
Quote Burong_Hantuk 11-8-2021 11:32 AM
wow....berani mati lah perempuan nih
Quote miznora 11-8-2021 11:33 AM
Jodie.. Kang ekau dapek cobid stage 5 apo nak dibuek an?? Nak menyosa pun tak guno laie time tu. Owang kato musuh jangan dicarikk
Quote bakingsoda 11-8-2021 11:36 AM
anjing pon tak menjilat merata2 camni
Quote djzara81 11-8-2021 02:21 PM
Ajak Jodie jilat kat India sana, tmpt cobid mengganas. Baru ada akai.
Quote matbad 11-8-2021 02:51 PM
bakingsoda: anjing pon tak menjilat merata2 camni

hahh ini iols setuju sgt haha
Quote mclaren 11-8-2021 02:51 PM
CARI-MRO ni memang kaki buka threads yang dah ada ke??

@xpeckelate please do something? Semak betul jenis2 tak reti check dulu.
Dah lah theads yang duplicated tu kat 1st page board. If dah ke belakang2 faham lah kot tak perasan.
Quote She-Ra 11-8-2021 03:53 PM
kalau kejadian kt Malaysia, elok la bwk org cenggini pegi pusat kuarantin minta jd cleaner ke apa.. tgk lari cukup tanah idakkkk
Quote rikiruj 11-8-2021 03:58 PM
Bodo makcik tu.. trolley tu ramai orang pegang.. dahlah kome suma berak tak cebok.. silap2 jilat taik orang.. tangan orang betul parking ishhh...
Quote Samerosie 11-8-2021 04:23 PM
Tak tau la nak cakap apa.  Time zaman bukan covid pun aku geli nak pegang troli Tesco.
Quote Artemesiaa 11-8-2021 04:32 PM
Euwww kalau tak zaman covid pun geli nak pegang bekas ada air liur macam tu
Quote imanjannah 11-8-2021 05:58 PM
aduhai pun, klu xada cobit tu x da nk buat gitu
Quote supernaturalee 11-8-2021 07:20 PM
@xpdckelate

@EJALTI dh bkk dr smlm

Quote xpdckelate 11-8-2021 07:33 PM
@mclaren  @supernaturalee

Thread editor Cari bukan bawah kuasa mod dan smod.

boleh ajukan cadangan disini

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=40
Quote mclaren 11-8-2021 07:45 PM
xpdckelate replied at 11-8-2021 07:33 PM
@mclaren  @supernaturalee

Thread editor Cari bukan bawah kuasa mod dan smod.

Dah lah editor CARI lagi. Kalau marhaen CARI yang buat kerja macam ni boleh dimaafkan he he he.

Tempat cadangan tu siapa yang take action of  the suggestions kat situ, che mek kelate?
Quote xpdckelate 11-8-2021 07:47 PM
mclaren replied at 11-8-2021 07:45 PM
Dah lah editor CARI lagi. Kalau marhaen CARI yang buat kerja macam ni boleh dimaafkan he he he.

...

itu la ruang untuk sebarang cadangan dan kesulitan. Sini hanya urusan porumers biasa sahaja bawah bidang mod
Quote merrissa 12-8-2021 06:35 AM
Burong_Hantuk: wow....berani mati lah perempuan nih


Kot 2 mggu lagi ada berita dia mati ken covid
Quote supernaturalee 12-8-2021 08:56 PM
mclaren replied at 11-8-2021 07:45 PM
Dah lah editor CARI lagi. Kalau marhaen CARI yang buat kerja macam ni boleh dimaafkan he he he.

...

Tah nye
Copy paste something yg dh dicopy paste


Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.320442 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top