Pemergian Allahyarham Siti Sarah akibat pandemik Covid-19 semalam memberi impak besar terhadap industri hiburan tanah air dan juga rakyat negara ini.
Salah seorangnya ialah selebriti terkenal tanah air, Neelofa yang mengakui hatinya turut terjentik dengan pemergian Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi semalam. “Saya juga tidak terkecuali merasai perasaan tersebut buatkan saya terfikir dan muhasabah serta tengok balik diri sendiri. “Saya terfikir bahawa tidak pelik sekiranya perkara sama menimpa diri saya. Perkara itu tidak kira usia dan jika kita diuji dengan penyakit itu, cukup ke amalan hendak dibawa dan bersediakah aku untuk masuk kubur. Semua itu saya terfikir,” katanya. Bekas pengacara MeleTOP itu berkongsi apa yang dalam satu siaran langsung Instagram (Instalive) menerusi akaun Pertubuhan Kasih Neelofa malam tadi bersama suaminya, Haris Ismail. Difahamkan siaran langsung tersebut sempena majlis bacaan Yasin bagi menyambut kedatangan Awal Muharram. Selain itu, pemilik jenama tudung Naelofar itu juga memberitahu kisah Allahyarham Siti Sarah juga telah membuka matanya untuk membaiki semua amalan yang dilakukannya pada masa akan datang. “Hal tersebut buatkan saya lebih bersemangat untuk memperbaiki dan menambah baik kualiti amalan, solat, bacaan al-Quran. Itulah muhasabah saya,” kongsinya ringkas.
|
RatuDunia94 replied at 11-8-2021 11:58 AM
Tak nak kecam.. nanti dh meninggal kena keluar plak ayat "aku ni xde la minat neelofa tapi bla bla". ...
Suchi replied at 11-8-2021 12:28 PM
Kehkehkeh tp tak lama pun sehari je depa sedu sedan
Acik porem tetap acik porem hahah
Di saat um ...
RatuDunia94 replied at 11-8-2021 12:58 PM
Kannn.. ko ingat acik2 forum mampu menahan adrenalin darah mengeji, mengecam yg mengalir pekat s ...
ADVERTISEMENT