CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sami Ditahan Buat Ritual Tolak Bala Sampai Cedera

11-8-2021 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2119| Komen: 10

Polis menahan seorang sami bagi membantu siasatan terhadap video tular ritual keagamaan hingga mendatangkan kecederaan di sebuah kuil di Selekoh, Rungkup di sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan dijalankan selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan ritual yang dilakukan sami terhadap keluarga adiknya itu.



Kredit foto: Ihsan pembaca

Menurutnya, upacara tolak bala melibatkan pasangan suami isteri berusia 54 dan 48 tahun serta empat anak mereka berusia 15 hingga 25 tahun serta sami berusia 39 tahun yang juga anak angkat keluarga itu.

"Semasa upacara tersebut, sami telah membaca mentera dan menggunakan rotan panjang memukul beberapa kali pada badan mangsa, isterinya dan anak lelaki sulung.

"Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian bahu, tangan kanan serta bengkak di belakang kepala manakala, isterinya mengalami kesakitan pada kedua-dua bahagian tangan dan anak lelaki sulungnya alami kesakitan pada bahagian lengan tangan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.


Ahmad Adnan memberitahu, sami berkenaan ditahan bagi membantu siasatan dan merampas sebatang rotan berikat dengan kain merah.

"Suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau malah, ujian saringan awal air kencing didapati negatif dari sebarang penyalahgunaan dadah.

"Polis akan menyiasat segala aspek sama ada ritual berkenaan dijalankan dengan niat dengan sengaja untuk mencederakan keluarga itu.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 11-8-2021 06:44 AM

TANGKAP layar video tular. FOTO Ihsan PDRM
Quote nakkomenjugak 11-8-2021 09:02 AM
amboi tolak bala sampai berbirat2 badan fam tu
Quote Whitepinkrider 11-8-2021 10:24 AM
takotttttt
Quote isbritneybich 11-8-2021 10:28 AM
oh no wonder
Quote CARI-MAL 11-8-2021 12:33 PM
Polis menahan seorang sami bagi membantu siasatan terhadap video tular ritual keagamaan hingga mendatangkan kecederaan di sebuah kuil di Selekoh, Rungkup di sini pada Ahad lalu.


Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan dijalankan selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan ritual yang dilakukan sami terhadap keluarga adiknya itu.




Kredit foto: Ihsan pembaca




Menurutnya, upacara tolak bala melibatkan pasangan suami isteri berusia 54 dan 48 tahun serta empat anak mereka berusia 15 hingga 25 tahun serta sami berusia 39 tahun yang juga anak angkat keluarga itu.


"Semasa upacara tersebut, sami telah membaca mentera dan menggunakan rotan panjang memukul beberapa kali pada badan mangsa, isterinya dan anak lelaki sulung.


"Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian bahu, tangan kanan serta bengkak di belakang kepala manakala, isterinya mengalami kesakitan pada kedua-dua bahagian tangan dan anak lelaki sulungnya alami kesakitan pada bahagian lengan tangan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.


Ahmad Adnan memberitahu, sami berkenaan ditahan bagi membantu siasatan dan merampas sebatang rotan berikat dengan kain merah.


"Suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau malah, ujian saringan awal air kencing didapati negatif dari sebarang penyalahgunaan dadah.


"olis akan menyiasat segala aspek sama ada ritual berkenaan dijalankan dengan niat dengan sengaja untuk mencederakan keluarga itu.




Sumber: Sinar Harian
Quote DayangKirana 11-8-2021 06:07 PM
adik pengadu and his family rela kan?
kes jenayah ke kalau mangsa rela dan sedar consequences of his consent?

Quote misuke 15-8-2021 12:05 AM
Ada testimoni kata bala dh ditolak lepas kena bedal ke..gigihnya 1 family p hadap tok sami ni
Quote edayildiz 15-8-2021 12:14 AM
kalau rela polis blh jgk ke nk tangkap sami tu?
Quote miznora 15-8-2021 12:25 AM
Kalau sampai cedera tu namanya mendatangkan bala
Quote Supersirap 15-8-2021 04:27 PM
Macam-macam hal mereka ni

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.106240 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top