Tular video TikTok dikongsikan pengguna, Mr Hq memaparkan wanita menerima jumlah hantaran yang agak ‘tinggi’ daripada suaminya. Peribahasa seperti bulan jatuh ke riba sesuai digunakan bagi mengambarkan seorang wanita berasal dari Indonesia yang dijodohkan dengan seorang lelaki kaya.
"Emas 1/2 kilogram, rumah agam tiga tingkat, kereta Toyota Fortuner, duit RM30,000, dan sepersalinan telekung. Dibayar tunai!" Video pendek itu memaparkan seorang jurunikah yang membacakan nilai hantaran diberikan pihak pengantin lelaki kepada pengantin perempuan disaksikan tetamu yang hadir. Apa yang mengagumkan adalah segala pemberian tersebut dibayar secara tunai tanpa berhutang kepada mana-mana pihak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ‘terkejut’ mendengar jumlah hantaran yang diterima pihak pengantin perempuan dan pada masa sama, mereka mendoakan supaya bahtera pasangan ini berkekalan buat selama-lamanya. Sumber: OhBulan
|
MsPercy replied at 11-8-2021 01:03 PM
Best yer. Doakan iolss dapat suami kaya...aminn
Hahaha
little_sis replied at 11-8-2021 01:22 PM
Kaya dan baik k.. aamiin
ellejo: kan aku da ratib aritu hantaran pempuan indon bukan calang2. kita hantaran 20k habis ditelek resume pempuan tu.
lavendernovella replied at 11-8-2021 02:31 PM
Mampu apa salahnya. Yang salah, bila dah tau tak mampu ko mintak jugak yang mewah2.
card_reader replied at 12-8-2021 10:49 AM
hantaran orang indonesia lagi mewah daripada hantaran orang malaysia....
aku penah la pegi k ...
ADVERTISEMENT