"Jangankan kerana tribute, kita sulam sekali dosa." Anak seni, Fynn Jamal memang rajin melayan soalan-soalan daripada pengikutnya lalu berkongsi di IG Storynya. Lalu, tatkala soalan yang bertanyakan adakah tidak salah mengenang jasa orang yang telah meninggal dunia tetapi bukannya kerana obses, Fynn menggariskannya dengan hadis Rasulullah SAW bahawa ianya perlu dilakukan dengan kadar sederhana. Memuji dan mengenang kebaikan arwah tidak salah tetapi jangan sampai melampaui batas.
Menurut Fynn lagi,mengenang biar lah dengan cara syarie iaitu tidak mengulang dosa silam, mendengar lagu-lagu cinta yang melalaikan. Usah mencacatkan pemergian orang baik ini dengan mengenang sesuatu yang tidak betul. Fynn juga memberi contoh kesilapan orang terdahulu yang terlalu mengagungkan orang soleh hingga terjadinya berhala perlulah dielakkan. Malahan, tatkala ditanyakan soalan mengenai apa yang berlaku sesudah kematiannya satu hari nanti, Fynn mengharapkan kita tidak menjadikannya ia bahan kenangan semata-mata. Lebih banyak pahala diperlukan setelah kematian, masih banyak benda perlu dihitung dan bukannya dengan kenangan romantis sebegini. Betul apa yang diperkatakan Fynn Jamal. Segelintir dari kita masih dibuai kenangan tanpa memikirkan kematian adalah permulaan ke alam abadi. - CARI |
slyfynx replied at 11-8-2021 01:46 PM
In a way, walaupun aku x bape suke die ni, ade betul jgk ape die cakap.
slyfynx replied at 11-8-2021 01:46 PM
In a way, walaupun aku x bape suke die ni, ade betul jgk ape die cakap.
ADVERTISEMENT