CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Cukup2 La Sama Kan Abg Ngan Remy..Penat Dah", Penampilan Baru Man Raja Lawak Curi Perhatian Ramai

11-8-2021 01:03 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 11886| Komen: 60


Ramai perasan penampilan terbaru pelawak, Man Raja Lawak yang semakin kurus malah gigi Man juga sudah cantik tersusun nyata mencuri perhatian ramai.

Meskipun ada yang memuji, namun tetap ada yang membuat pelbagai spekulasi berhubung perubahan mendadak badan pelawak berusia 44 tahun ini.


Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kassim turun berat badan daripada 94 kilogram kepada 74 kilogram secara konsisten dengan bantuan produk minuman kesihatan, Bodycurv.

Selain itu, dia turut mengamalkan rutin sihat seperti kerap berjalan kaki di sekitar kawasan rumahnya. Kebiasaannya dia akan berjalan kaki sekurang-kurangnya selama satu jam setengah tapi perlu istiqomah.

Dulu


Menurut Man lagi, tips nak kurus jangan selalu timbang berat setiap hari tetapi letak baju yang kita idam-idamkan nak pakai depan mata. Selepas bersenam selama sepuluh hari, cuba pakai. 

Sekarang

Jika tak muat, bersenam lagi namun buatlah senaman ringan tapi berterusan. Jangan buat senaman berat kerana agak mustahil kita mampu buat hari-hari, katanya.

Man juga sering melawak dengan meminta orang ramai agar tidak menyamakan dirinya dengan pelakon kacak, Remy Ishak.



Apapun, tahniah buat Man untuk pencapaian drastik ini. Bukan senang nak cantik, sado kalau tak bersungguh-sungguh dan konsisten.

Semoga kisah Man menjadi sumber inspirasi buat semua orang yang mempunyai impian nak kuruskan badan. Ayuh! mulakan dari hari ini.  - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wnwa05 11-8-2021 01:27 PM
Macam susah nak caya boleh turun berat mendadak dengan jalan kaki je?
Quote MsPercy 11-8-2021 01:28 PM
Wah bagus yer usaha man....keep it up
Quote ezacbee 11-8-2021 01:31 PM
Gambo remy yg last cam salman bhai

Quote Tinot7 11-8-2021 01:37 PM
Tahniah... lelaki mmg senang nak lose weight

Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kassim turun berat badan daripada 94 kilogram kepada 74 kilogram secara konsisten dengan bantuan produk minuman kesihatan, Bodycurv.
Quote awenda507 11-8-2021 01:38 PM
Bestnye klu sng nk turun berat. Aku ni statik gituuu je
Quote sukacactus 11-8-2021 01:39 PM
Awal kemuculan dia dl aku terkejut dia bwh 40an
Sebab body, rupa serabai dgn takde gigi tu mmg menuakan usia dia
Tahniah la ada usaha nak improve appearance tu skit
Awak tu dlm showbiz, nampak presaentable tu perlu
Quote nakkomenjugak 11-8-2021 01:43 PM
wowww. cepat jugak turun
Quote Nenolen 11-8-2021 01:44 PM
Best losing weight...kaka nie punya ler susah...tak pernah2 ada upper tummy la nie dah ada...huhuhu...lalu ku salahkan menopause fat tummy...kehkehkeh
Quote rastaf 11-8-2021 02:00 PM
wnwa05 replied at 11-8-2021 01:27 PM
Macam susah nak caya boleh turun berat mendadak dengan jalan kaki je?


mesti la ada diet makan..gi gym gak tu agaknya

btw motor dia gila mahal tu..tak ada 200k mimpi la nak pakai..memang orang kaya ke dia ni.sempoii






Quote supernaturalee 11-8-2021 02:04 PM
ezacbee replied at 11-8-2021 01:31 PM
Gambo remy yg last cam salman bhai

Hahaha
Iols suka sgt wtk die salman bhai dgn tiz dlm drama arahan Erma tu

Remy ni buat komedi klu kena watak dgn jln cerita mmg layan
Quote mamajawie 11-8-2021 02:15 PM
eh bukan ke da ada benang dia sbelum ni yg dia mnum produk cococurve tu?
Quote tokchik 11-8-2021 02:28 PM
wnwa05: Macam susah nak caya boleh turun berat mendadak dengan jalan kaki je?

Potong ke?
Quote taji2906 11-8-2021 02:33 PM
aku lg berat dari berat asal man ni. adoiiii
tp seingat aku dia ni rendang je. rendah kan
Quote julia5094 11-8-2021 03:56 PM
Sori la man...nampak tua pulak..Man ni umur berapa sebenarnya?
Quote Lengkong 11-8-2021 04:02 PM
Tahniah..bukan senang nak turun berat

Quote KIM.K 11-8-2021 04:19 PM
Waah..elok bethol diye macam dah bertahon angkat bosi eh. Akak reshtu kau man
Quote biozipstar 11-8-2021 04:34 PM
bukan bedah kan. kurus sihat kan... kalau iya tahniah dan maintain kan.
Quote printercomel 11-8-2021 04:54 PM
tokchik replied at 11-8-2021 02:28 PM
Potong ke?

Tapi heshe tak mengaku. Dulu ada baca kat bodgos pasal dia  potong.

Untungla jaln kaki ke bole kurus. Amik suplement je dapat kurus.

Printer rasa nak tampar mula sendiri je bila tengok muka dalam gambar tu.
Quote cmf_ctrl 11-8-2021 04:55 PM

terbatuk2 remy... ramai juga minat remy. pada aku biasa je dia. ntah

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.055953 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top