Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan menyediakan inisiatif bas bagi membantu melancarkan lagi proses pemberian vaksin di kawasan pedalaman melalui platform Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak.
Pemangku Ketua Zon 3 Jempol JBPM Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba, Ahmad Nazmi Halil berkata, ia adalah julung-julung kalinya bas yang digunakan untuk pameran bomba akan dijadikan tempat pemberian vaksin di negeri ini. “Kemudahan itu juga akan diteruskan di lokasi lain di negeri ini bergantung kepada permintaan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau permintaan pihak berkaitan,” katanya sempena Majlis Simbolik Penyerahan Bas Pameran Bergerak (Bomba) di PVV Bergerak Peringkat Daerah Jempol di Sekolah Kebangsaan (SK) (Felda) Lui Selatan, di sini hari ini. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Jempol merangkap Pegawai Daerah, Nawal Mohamed Amin berkata, kemudahan bas berkenaan akan dimanfaatkan oleh kira-kira 600 penduduk di penempatan felda tersebut dan kawasan berhampiran selama dua hari.
Sumber: K! ONLINE
|
ADVERTISEMENT