CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Picagari Diisi Garam, Bukan Vaksin Covid-19

11-8-2021 02:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3516| Komen: 24

Hampir 9,000 penduduk di Schortensm, utara Jerman mungkin menerima cecair garam dan bukannya vaksin Covid-19, menurut kaunti Friesland pada Selasa.

Pada akhir April, ada laporan bahawa seorang petugas di pusat vaksin mengisi sekurang-kurangnya enam picagari dengan cecair garam, lapor Xinhua.


Siasatan lanjut oleh polis menunjukkan 'ia bukan kes terpencil', kata pentadbir daerah Friesland Sven Ambrosy.


Gambar hiasan/Reuters

Pihaknya akan melihat kemungkinan lebih ramai yang terkesan dengan kejadian itu.

Menurut polis, suspek yang sudah dipecat daripada tugasnya, berkongsi teori konspirasi di media sosial dan secara terbuka mengkritik langkah diambil kerajaan untuk mengatasi penularan Covid-19.

"Dalam hal ini, adalah penting untuk semua yang terkesan diberikan dengan vaksin dalam tempoh secepat mungkin," kata presiden Pejabat Kesihatan Lower Saxony State. Matthias Pulz.


Menurutnya, ia adalah cara untuk memastikan individu berkenaan mendapat perlindungan daripada vaksinasi yang lengkap.

Setakat Selasa, lebih daripada 45.8 juta penduduk Jerman sudah menerima dos lengkap vaksin, menjadikannya jumlah keseluruhan kepada 55.1 peratus.


Sumber: Harian Metro
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 11-8-2021 02:33 PM
Ehhhh apa kegilaaaaa dok naya orang camtu
Quote airfilterkotor 11-8-2021 02:44 PM
Penganut Kultus Konspirashit rupanya.... tak memasal 9000 orang kena pedajei.
Quote Tinot7 11-8-2021 02:54 PM
Woaahh.. awat deme buat cenggitu kat rakyat sendiri? Jahat..
Quote mclaren 11-8-2021 03:01 PM
Nak tahu jugak motive dia.

Ke dia rasa dia macam penyelamat ummah maka rasa bertanggung jawab selamatkan rakyat daripada menerima vaksin? Sebab kan ada geng2 yang percaya vaksin tu lebih bahaya daripada covid.

Atas sikap kasih sayang maka disuntik air garam.
Quote damsel_fiji 11-8-2021 03:02 PM
sampai jerman citer vaksin "kosong" ni..
Quote Kurex 11-8-2021 03:02 PM
Kalau kau taknak vaksin, kau jgn bahayakan org lain yg nak vaksin. Kau, sohai gayboy, mimi lana hidung buruk, ritrud royan boleh teguk air garam 1 gelas sehari
Quote Milkypower123 11-8-2021 03:07 PM
Kurex replied at 11-8-2021 03:02 PM
Kalau kau taknak vaksin, kau jgn bahayakan org lain yg nak vaksin. Kau, sohai gayboy, mimi lana hidu ...

aik mimi lana elok je dah 2 dos. siap jadi volunteer lagi
Quote kipas.berhabuk 11-8-2021 03:18 PM
Milkypower123 replied at 11-8-2021 03:07 PM
aik mimi lana elok je dah 2 dos. siap jadi volunteer lagi

Tulah. I pun perasan mimi lana gi vaksin pakai kebaya haritu. Mungkin lana yg lagi satu tu kot kikiki
Quote che-cikL 11-8-2021 03:21 PM
Hahaha puas aiols fikir hidung Mimi Lana buruk? Rupanya Lana Nordin hahaha
Quote imanjannah 11-8-2021 03:24 PM
mmg jahat sungguh
Quote _blackbird 11-8-2021 03:49 PM
amboiii mcm mana dia dah seludup 9000 vial air garam baru disedari
Quote damsel_fiji 11-8-2021 03:51 PM
Kurex replied at 11-8-2021 03:02 PM
Kalau kau taknak vaksin, kau jgn bahayakan org lain yg nak vaksin. Kau, sohai gayboy, mimi lana hidu ...

tersedak mimi lana sis..kikiki
Quote Milkypower123 11-8-2021 03:53 PM
kipas.berhabuk replied at 11-8-2021 03:18 PM
Tulah. I pun perasan mimi lana gi vaksin pakai kebaya haritu. Mungkin lana yg lagi satu tu kot kik ...

bila baca reply baru tau siapa . noob nye I  
Quote Kurex 11-8-2021 04:39 PM
Milkypower123 replied at 11-8-2021 03:07 PM
aik mimi lana elok je dah 2 dos. siap jadi volunteer lagi

Silappppp
Lana nordin
Quote Kurex 11-8-2021 04:40 PM
damsel_fiji replied at 11-8-2021 03:51 PM
tersedak mimi lana sis..kikiki

Tersedak mimi lana depan suami dia..  patutnya lana nordin
Quote Artemesiaa 11-8-2021 04:56 PM
Mana2 negara ada je kes macam ni nampaknya
Quote Fortiori02 11-8-2021 05:14 PM
Elokla dipecat staff gini
Quote Radzor 11-8-2021 09:42 PM
Somebody owed him his/her life
Quote hanakikan 11-8-2021 10:05 PM
nurse kat germany memang problem ethic eh? banyak kes nurse kat sana sampai bunuh patient.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.094529 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top