Baru-baru ni kecoh di Malaysia ramai yang pergi vaksin tapi dapat sebenarnya. Ada yang kata sebab orang suntik vaksin tu kepenatan, ada juga yang kata ada sindiket jahat jual vaksin, tak tahu lah mana satu betul kan?
Tapi, rupa-rupanya kes ni tak unik di Malaysia sahaja! Menakutkan betul golongan tak bertanggungjawab macam ni. Di Jerman dilaporkan seorang jururawat disyaki menyuntik lebih 8,600 orang dengan air garam dan bukannya vaksin! Kejadian berlaku di kawasan pendalaman di utara Jerman pada awal musim luruh lepas. Paling kesian, mereka yang disuntik vaksin air garam ni adalah warga emas yang memang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19! Jururawat itu disyaki golongan anti vaksin berdasarkan catatannya di internet. Siasatan penuh sedang dijalankan dan mereka yang terkesan akan dipanggil semula untuk disuntik vaksin yang betul. Jahat kan? Anda dah vaksin? -CARI |
ADVERTISEMENT