CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Makanan Di Kelantan Masih Tutup Kedai Walau Kerajaan Benarkan Dine-In

12-8-2021 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1417| Komen: 4

PASIR PUTEH: Kebanyakan kedai makan dan restoran di sini memilih untuk terus berniaga secara dalam talian atau beli secara pandu lalu walaupun kerajaan sudah membenarkan aktiviti dine in atau makan di kedai.


Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kebanyakan peniaga mengakui tidak bersedia menerima pelanggan secara bersemuka kerana takutkan serangan varian Delta Covid-19 yang dikatakan merebak lebih pantas.

Pemilik restoran AbePizza,  Mohamad Amirul Hakim Sanusi, 25, berkata, dalam keadaan kes Covid-19 masih tinggi di Kelantan, dia lebih rela mengekalkan kaedah jualan secara bungkus atau menerima tempahan dalam talian.


Foto: Utusan

“Saya tidak berani untuk membuka restoran secara dine in kerana khuatir risiko penularan Covid-19, lebih-lebih lagi varian Delta yang dikatakan merebak lebih pantas dan sudah mula dikesan di Kelantan.


“Jika restoran dibuka seperti biasa, sudah pasti orang ramai datang berpusu-pusu sehingga sukar untuk kami memastikan penjarakan fizikal dalam kalangan pelanggan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, deretan restoran di Jalan Tok Bali-Besut yang terkenal sebagai ‘syurga ikan bakar’ juga di dapati masih tutup hari ini dengan kebanyakan peniaga memilih kaedah tempahan dalam talian dan khidmat tunai atau COD.

Salah seorang pengusaha restoran ikan bakar di situ, Rohani Mat Ariffin, 58, berkata walaupun rentas daerah sudah dibenarkan dan dia serta pekerjanya sudah lengkap menerima dua dos vaksin, perasaan khuatir terhadap varian Delta masih menebal.


Foto: Utusan

“Saya tidak menaruh harapan ramai pelanggan akan datang ke restoran walaupun sudah lama terpaksa tutup kedai dan mengalami kerugian.

“Alang-alang terpalit dengan pandemik Covid-19 yang merugikan perniagaan, adalah lebih waras jika ia terus ditutup daripada merisikokan kesihatan diri sendiri, keluarga dan para pekerja,” katanya.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 12-8-2021 10:53 AM
Bagusla.. Itu yg terbaik utk lindung diri buat masa ni..
Quote Lagubestbest 12-8-2021 11:15 AM
knowing kelate cmne, i pun rasa kelate xyahla follow saranan kerajaan pasal ni. kalau buka masjid pun.. usahkan nak orang tunjuk sijil vaksin, ajk pun malas nak terpacak check sorang2.
Quote Fortiori02 12-8-2021 01:39 PM
Bagusla, mencegah lbh baik dr merawat.
Quote Miss.H 12-8-2021 03:17 PM
Memang la best boleh dine in. Tapi high risk juga sebabnya yang dah complete vaksin pun boleh kene covid ni. Lebih-lebih varian sekarang yang makin kejam.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.205640 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top