CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seminggu Kenal Duk Gatal Ikut Jantan Balik Rumah, Dah Kena Cekup Time 'Menyedap'

12-8-2021 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5958| Komen: 48

Kulim: Baru kenal seminggu melalui laman sosial tetapi sudah berani membawa pulang pasangan ke rumah sewa sebelum dicekup berkhalwat.

Itu yang berlaku apabila seorang berusia 22 tahun sanggup membawa remaja perempuan berusia 17 tahun ke rumahnya di Kampung Pondok Labu, di sini sebelum mereka dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota dari Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), hari ini.


Mereka dicekup jam 1.05 pagi tadi dalam serbuan yang diketuai Anwar Shariffudin Mat Saad selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di rumah berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan, remaja perempuan itu ditemui bersembunyi dalam bilik air tanpa baju.

Kredit foto: Harian Metro


Lelaki itu bekerja di sebuah kilang ayam di sini dan mengambil wanita itu di Juru, Pulau Pinang sebelum membawa remaja perempuan itu pulang ke rumahnya dan sanggup merentas negeri menggunakan laluan tikus.


Pegawai Agama Daerah Kulim, Syeikh Haizan Hamzah berkata, mereka dipercayai berkenalan menerusi WhatsApp sejak seminggu lalu sebelum dicekup berkhalwat pagi tadi.

Beliau berkata, lelaki itu berasal dari Padang Serai, di sini, manakala pasangannya pula menetap di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

"Hasil pemeriksaan mendapati, mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri.

"Ketika serbuan dilakukan, hanya mereka berdua dalam rumah berkenaan dan disyaki melakukan maksiat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Berikutan Haizan berkata, laporan polis berhubung tangkapan mereka dibuat di balai polis berhampiran dan mereka diambil keterangan untuk membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 12-8-2021 10:58 AM

ANGGOTA penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) menyoal pasangan yang dicekup berkhalwat dalam sebuah rumah di Kulim. FOTO Ihsan PADK
Quote CARI-MRO 12-8-2021 11:15 AM
Kulim: Baru kenal seminggu melalui laman sosial tetapi sudah berani membawa pulang pasangan ke rumah sewa sebelum dicekup berkhalwat.


Itu yang berlaku apabila seorang berusia 22 tahun sanggup membawa remaja perempuan berusia 17 tahun ke rumahnya di Kampung Pondok Labu, di sini sebelum mereka dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota dari Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), hari ini.


Mereka dicekup jam 1.05 pagi tadi dalam serbuan yang diketuai Anwar Shariffudin Mat Saad selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di rumah berkenaan.


Ketika serbuan dilakukan, remaja perempuan itu ditemui bersembunyi dalam bilik air tanpa baju.


Kredit foto: Harian Metro





Lelaki itu bekerja di sebuah kilang ayam di sini dan mengambil wanita itu di Juru, Pulau Pinang sebelum membawa remaja perempuan itu pulang ke rumahnya dan sanggup merentas negeri menggunakan laluan tikus.


Pegawai Agama Daerah Kulim, Syeikh Haizan Hamzah berkata, mereka dipercayai berkenalan menerusi WhatsApp sejak seminggu lalu sebelum dicekup berkhalwat pagi tadi.


Beliau berkata, lelaki itu berasal dari Padang Serai, di sini, manakala pasangannya pula menetap di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


"Hasil pemeriksaan mendapati, mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri.


"Ketika serbuan dilakukan, hanya mereka berdua dalam rumah berkenaan dan disyaki melakukan maksiat," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Berikutan Haizan berkata, laporan polis berhubung tangkapan mereka dibuat di balai polis berhampiran dan mereka diambil keterangan untuk membantu siasatan.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote Kurex 12-8-2021 11:15 AM
Dalam pandemik yg makin menggila ni korang berani ye nak jumpa orang.. buatnya salah sorang ada kobid, lagi haru
Quote xpdckelate 12-8-2021 11:18 AM
siap rentas negeri bagai..guna laluan tikus
Quote Buritan 12-8-2021 11:25 AM
Omputih disana sini sinun.. jumpa sekali terus cium terus bawak balik.  Bezanyaa kek sana sampai brranak pun org lantakkkan ajo.. kek sini ade penghalang cinta iaitu jais.. koh koh.. kalo tak mcm cite cinderella happy forever.. koh koh

Quote Ayda89 12-8-2021 01:10 PM
Habisla ko kena cas rogol budak bawah umur..
Quote Fortiori02 12-8-2021 01:21 PM
Edited by Fortiori02 at 14-8-2021 09:28 AM
Ayda89: Habisla ko kena cas rogol budak bawah umur..


Tak silap 16 tahun ke atas kalau seks atas kerelaan sendiri dah bukan rogol dah sis. Mangsa kes ni 17 tahun kalau ikut news. Rogol hanya utk kes mangsa bawah 16 tahun, tak kisahla atas kerelaan atau tak.
Quote Normabaru 12-8-2021 01:45 PM
Fortiori02: Tak silap 17 tahun ke atas kalau seks atas kerelaan sendiri dah bukan rogol dah sis. Mangsa kes ni 17 tahun kalau ikut news. Rogol hanya utk kes mangs ...



bijak!
Quote Adrif 12-8-2021 01:48 PM
berani mati ye diorang ni

di zaman ada wabak pembunuh ni, gigih beromen

tau-tau je besok lusa positif covid

dah terbaring tak cukup nafas, nyawa di hujung tanduk, menyesal pun tak guna

tapi nak buat macam mana.. ikutkan kepala nafsu. rasain lo
Quote ResellerMaxis 12-8-2021 01:52 PM
Adrif replied at 12-8-2021 01:48 PM
berani mati ye diorang ni

di zaman ada wabak pembunuh ni, gigih beromen

It's worth the risk.
Quote sukacactus 12-8-2021 01:54 PM
Zaman2 pandemik ni semua cari escapism dgn cara tersendiri
Quote Adrif 12-8-2021 01:57 PM

welp,

geng-geng yang kuat maksiat, zina ke hulur ke hilir ni, kalau mati sebab covid pun, aku tak kisah sangat

pandai buat pandai tanggung, nanti yang menjawab diorang jugak, ye dak
Quote Decaffeinated 12-8-2021 01:57 PM
Harap pakai protection atas dan bawah ya dik
Quote Decaffeinated 12-8-2021 02:00 PM
Thread ni rasanya dapat pingat perak

Thread awal:

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1264812&mobile=2

Quote kelapaparut 12-8-2021 02:04 PM
kedah suke sungguh berkhalwat, byk berite serbuan khalwat mesti kat kedah
Quote laksmanabentan 12-8-2021 02:07 PM
ulalalala... sedapnya...
hahahahhaaa.....
Quote xy_daen 12-8-2021 02:08 PM
Berbaloi x? Ke setakat 2B?
Quote gideoncross 12-8-2021 02:09 PM
sukacactus replied at 12-8-2021 01:54 PM
Zaman2 pandemik ni semua cari escapism dgn cara tersendiri

Sbb tu je cranya pda zmn skrg ni, mcm dlm movies.
Quote gideoncross 12-8-2021 02:11 PM
Buritan replied at 12-8-2021 11:25 AM
Omputih disana sini sinun.. jumpa sekali terus cium terus bawak balik.  Bezanyaa kek sana sampai brr ...

Btul tu, mcm Halsey & Kehlani, msing2 branak w/o brkhwin pun, Gigi Hadid, smuanya aman2 haha.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.091687 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top