CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Geram Warga Asing Langgar SOP, Anak Muda Ini Guna Duit Poket Bubuh Kon Keselamatan

12-8-2021 05:08 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6716| Komen: 52|Original author: Oleh: CARI-Azza







Elak PPV Bersesak Lagi, Cikgu Ini Turun Padang Buat Sendiri Kerja Pematuhan SOP.

Siangnya dia menangis mengenangkan nasib negara, tetapi pada malamnya dia bersama ahli pasukannya terus menyelesaikan masalah itu.

Kecoh sebuah video memaparkan ratusan warga asing berpusu-pusu untuk mendapatkan suntikan vaksin secara walk in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Grand Seasons dan didakwa gagal mematuhi SOP ditetapkan.


Foto : IG

Sir Shakib dalam video tersebut marah sehingga menangis mengenangkan tiada pemantauan daripada pihak berkuasa.

Ini kerana warga asing tersebut bukan sahaja gagal menjaga penjarakan sosial malahan ada pula yang seakan-akan ???berpeluk??? berikutan jarak terlalu dekat antara satu sama lain.

Rentetan itu, sekumpulan tenaga pengajar Pusat Tuisyen Math Clinic Plus yang diketuai oleh Sir Shakib bertindak melakukan sendiri penanda penjarakan sosial di luar kawasan  PPV terbabit pada malam tadi.


Menerusi Instagram Sir Shakib, kumpulan tenaga pengajar ini melakukan inisiatif sendiri membuat penjarakan sosial degan meletakkan kon keselamatan dan pita pelekat daripada duit poket mereka sendiri.

Tindakan pantas kumpulan tenaga pengajar berkenaan mendapat perhatian netizen, rata-ratanya memuji kecekapan dan usaha mereka untuk memudahkan urusan orang ramai yang bakal hadir di PPV berkenaan.

Foto : IG


Bagaimanapun pihak Grand Seasons menjelaskan bahawa kesesakan semalam berpunca dari salah faham.

Yang sebenarnya mereka tidak menyediakan perkhidmatan walk-in vaksin untuk bukan warganegara kerana ia telah dilaksanakan di PPV Bukit Jalil sebaliknya hanya vaksinasi tanpa janji temu untuk warganegara terdiri daripada warga emas, kurang upaya, kelompok terpinggir dan golongan rentan.

Apa pun, tahniah di atas usaha individu yang prihatin. Tapi apa yang kerajaan sedang lakukan? - CARI



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LostStar 12-8-2021 05:21 PM
ooo salah faham.. tmpt sbnr kat stadium nasional..pagi td daku ada rakam tp tak reti nak share video kepadatan mereka.. pny la ramaiiiiiii....
Quote OyenLemas 12-8-2021 05:24 PM
Rakyat jaga Rakyat

wakil rakyat. jaga poket masing2 jaaaa....
Quote missbigrockstar 12-8-2021 05:29 PM
Terima kasih
Quote Skuau 12-8-2021 05:34 PM
warga asing pon manusia jugok....
Quote orgsepang 12-8-2021 05:38 PM
Tak ada langsung petugas yang memantau di luar?
Di dewan tempat mak akak vaksin macam terlebih petugas pula siap boleh iring mak akak ke dewan jadi akak tunggu je dalam kereta.
Quote Skuau 12-8-2021 05:42 PM
sini Msia banyak bagus..vaksin free...kita bual hal..dia worang tulung pakai sendiri wang...kita 1 sen pon tarak kluar wang..i lap Msia-Asing worang la
Quote auntyonion 12-8-2021 07:12 PM
Aku tgk dia nangis aku pn nak nangis {:cryrun aku nak balik kg,rindu mak bapak..tp kes tempat mak aku pn tinggi {:cryrun
Quote Belibis 12-8-2021 07:26 PM
Skuau: warga asing pon manusia jugok....

Harap sangat pasni dah tak guna istilah warga asing atau pati..panggil jer semua sebagai rakyat jelata,hamba sahaya,pacal yang hina.
Quote Ayda89 12-8-2021 07:38 PM
Habis duit anak muda beli kon. Yg berwajib jugak poket penuh
Quote Normabaru 12-8-2021 09:07 PM
Dorg buat keje ni hrp2 virus tu xde la kt situ masa dorg bt keje.. semoga dilindungi Allah selalu.amin
Quote Normabaru 12-8-2021 09:09 PM
Tunggu govt.. Semua benda nk kaji

Jkr xde keje time2 covid ni panggil jela jd tukang jaga.. Bongok!
Quote rosmahisham 12-8-2021 09:12 PM
Warga asing ni kalau jangkit sesama derang je x pe jgk..ni melibat kn rakyat kita..mmg gerammm je tgk..rasa nk ketuk kepala sekor2..teringat citer sang kancil dgn buaya..
Quote kakigebang 12-8-2021 09:12 PM
kenaps tak tangkap brader ni stas alasan  menghina polis dan KERAjaan, memandai2 plak dia yg buat uruskan,
Quote Fortiori02 12-8-2021 09:32 PM
Patut tempat vaksin yg libatkan warga asing, kena tempatkan petugas yg lebih utk pastikan warga2 asing ni ikut sop. Sbb dorang ni kalau dibiarkan, mmg ke laut la sop sume tu. Kena ada org jaga di setiap station. Kat tempat parking, pintu masuk, tempat beratur sume kena ada petugas yg cukup, baru dorang ni paham bahasa.

Pengalaman iols cucuk vaksin, ramai yg buat perangai x nak beratur & potong barisan sbb petugas x monitor.
Quote LadyCarefree 12-8-2021 09:34 PM
Jadinya sia2 sajalah owner biz tuisyen ni buat semua tu?
Quote naina 12-8-2021 10:06 PM
Tahniah cikgu..
Semoga keluarga cikgu dan rakan2 terhindar dari virus Covid
Kita jaga kita
Quote anakmak 12-8-2021 10:23 PM
Gov kalau x lawak mmg x sah
Sekadar janji buat
Pantau lah sampai habis
Itu depan mata cara handle masalah yg kita nampak
Yg kita x nampak ntah apa la yg gov ni buat
Quote ninja9 12-8-2021 10:26 PM
Tak kira siapa, lagi ramai terjangkit lagi senang merebak kerana lagi ramai yang yang jadi kontak rapat yg boleh berlaku di mana-mana
Quote Kurex 12-8-2021 11:01 PM
Normabaru replied at 12-8-2021 09:07 PM
Dorg buat keje ni hrp2 virus tu xde la kt situ masa dorg bt keje.. semoga dilindungi Allah selalu.am ...

Kawan iols kerja kilang, dia kata takdenya parashit ni ikut sop.. dia redha je skrg ni. Nak berhenti, susah dpt kerja, takde duit nk bagi mak ayah..

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.055104 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top