CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

KPOPers "Naik Angin", Shuib Nasihatkan Supaya Didik Anak-Anak Jangan Idolakan BTS, Blackpink

13-8-2021 12:14 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 13695| Komen: 104




Beberapa hari lalu, pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu menerusi sesi siaran langsung di Instagramnya ada berkongsi perjalanan perjuangan arwah isteri tercintanya, Allahyarham Siti Sarah.

Dikesempatan itu juga, Shuib turut memberi teguran kepada anak-anak muda Islam supaya tidak terlalu obses dengan dunia hiburan yang melalaikan atau terlalu mengidolakan artis contohnya seperti BTS atau Blackpink. 

Tambahnya, ibu bapa ada hak untuk memarahi anak-anak yang terlalu mengidolakan artis-artis itu kerana anak-anak sepatutnya diajar menjadikan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat sebagai idola sebenar.


"Marah anak kita kalau mengidolakan BTS, Blackpink, minta maaf cakap"

“Minta maaf cakap. Kalau ada Army (kelab peminat BTS) apa semua, saya minta maaf. Bukan itu yang patut kita idolakan. Sudah terang lagi bersuluh, siapa yang patut kita idolakan.

“Manusia paling mulia di dunia ini. Allah itu Maha Bijak, Maha Segala. Dia turunkan Nabi Muhammad SAW, kita ini umat Nabi Muhammad.

“Allah turunkan Nabi Muhammad. Dia (Tuhan) dan bagi contoh, apa yang kita ini susah sangat tak mengerti?,” kata Shuib.

Getus rancangan realiti, Raja Lawak 3 dan Maharaja Lawak 2011 itu, tiada kelebihan mengidolakan manusia selain Rasulullah.

“Kenapa nak idolakan Blackpink, BTS, dapat apa? Pahala pun tak dapat,” ujarnya lagi.

Disebabkan video nasihat itu mula tular di aplikasi TikTok dan mendapat perhatian ramai, teguran tersebut seolah-olah tidak dapat diterima oleh peminat lagu Korea atau Kpopers. Malah, ada fanatik kumpulan Blackpink dan BTS turut melenting dengan teguran Shuib dengan memberi kata-kata kesat terhadap bapa kepada empat cahaya mata itu.


Tindakan melampau golongan fanatik itu telah mengundang rasa marah netizen yang turut mempertahankan Shuib dengan menyatakan teguran pelawak itu adalah demi kebaikan semua.

Netizen juga menyifatkan peminat KPop yang obses ini melampaui batas dan terlalu mengikut emosi sehingga langsung tidak boleh ditegur.


Walaupun kedengaran agak pedas namun ada kebenaran apa yang dinasihatkan oleh Shuib. Nak minat tak salah tapi jangan terlalu taksub. Betul tak? - CARI 




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pistolairAbah 13-8-2021 12:39 AM
gila babi.. amat susah keluar dari dunia kpop katanya
Quote slyfynx 13-8-2021 12:49 AM
Jap, nape aku rase dah penah baca thread ni
Quote MelahJanda 13-8-2021 12:50 AM
SUDAH JADI PAKAR MOTIBASI
Quote wnwa05 13-8-2021 12:55 AM
Ramai ke yg minat kpop ek.. Aku try dengar memang tak boleh masuk la. English takpe la paham maksud baru feel.. Ke semua kpopers hafal maksud dalam bm?
Quote deathacker 13-8-2021 12:57 AM
X lama lagi dah ada la yg panggil si Soeb ni bagi ceramah motivasi ke ugama ke. Lps tu dpt la gelaran ustaz Soeb
Quote joyahPPR 13-8-2021 01:14 AM
tapi nape dia nak kena mention bts, blackpink? cakap general tak boleh ke
Quote AnnaSendin 13-8-2021 01:16 AM
Bebudak kpop verangan idols deols pandang deols bagai nak ajak bercinta. Punya memuja taboleh usik langsung idols deols. Lamberrrt lagi dek oii! Deols pandang uols sebelah mata sajork, ibarat pandang pendatang haram naik tongkang. entah2 langsung tak pandang. Stay in school lah budak! Iols ta habis lagi nieyh. Elok soeb saman bebudak bulu tak tumbuh lagi nieyh macam mek jenna tuew buat baru menggelabah ketiak memasing.
Quote aduh2sayang 13-8-2021 01:21 AM
joyahPPR replied at 13-8-2021 01:14 AM
tapi nape dia nak kena mention bts, blackpink? cakap general tak boleh ke


sebab fans dorang ni ramai dan lain macam kot fanatiknya, banyak kontroversi kan sebelum ni  







Quote aduh2sayang 13-8-2021 01:24 AM
wnwa05 replied at 13-8-2021 12:55 AM
Ramai ke yg minat kpop ek.. Aku try dengar memang tak boleh masuk la. English takpe la paham maksud  ...


i x minat sangat pun. layan gitu2 je mana yg rentak best... memang x tau maksud dan x kowserla nak cari lirik translation segala tu



Quote Gomea 13-8-2021 01:33 AM
wnwa05 replied at 13-8-2021 12:55 AM
Ramai ke yg minat kpop ek.. Aku try dengar memang tak boleh masuk la. English takpe la paham maksud  ...

Aku layan lagu2 leesang je walau sepatah haram pun tak paham. Tu pun sebab aku minat gary running man tu. Hahahaha
Quote nakkomenjugak 13-8-2021 01:34 AM
Ni yang pasal mamat bertopi blackpink in KL tu kahh yang dok maki2 soeb?
Bocah2 susah keluar dari dunia kpop?
Halah sekarang yelaa masih bocah
Nanti dah tua banyak tanggungjawab
Tak pikir dahh kpop2 ni
Baru terhantuk dahi time tu
These people dont pay your bills pun
Keee ada impian nak caras tempat acik kelab bts yang hoverrr time abp ni? awasss yach!

Quote pukulrata 13-8-2021 01:42 AM
kopek pun baru nk tumbuh..yg jantan kote sunat benang pun xtetas lg.taksub sgt kat korea plastik.elok millenials kpopers taik ni hntr ke pyongyang.bagi dia rasa 'KPOP' yg sbenar.yg si soeb pun da knp tiba2 tkr jd alim ulama warak nk bg talk bagai?smbg jela pasal hidup ko..bab nasihat makripat  biar ahlinya.xpasal arwah pun kena drag.sdar sikit ko pun cari mkn dlm donia glamor.elok org sian jd meluat plak nnt.
Quote Kiambangmalam 13-8-2021 02:08 AM
Kpop ke x, retis malaysia pun lebih kurang je sama hazab dh fashion masing2 dgn si dolla yg try hard nk jd blackpink malaysia tu. tp apa soeb ckp tu betul la cuma next time xyah mention mana2 group.. as a muslim manusia yg kita kena idolakan nabi Muhammad saw. Gituu
Quote Veneer 13-8-2021 02:13 AM
Biasalahtu... Dalam seribu confirm ada yg bermasalah. Akan tetapiikkk, Tak semua mcm tu.

Kalau tgok dari semangat dan kefanatikan diorng tu, mmg aku respect walaupun terang terangan salah. Kita yg tahu perkara betul pun kadang kadang takut nak bersuara. Nampak tak? Hahaaa. Aku lah tu.
Kelakar juga kadang kadang.

Nasihat aku, semangat fanaticism tu harap dapatlah disalurkan pada perkara yang betul. Terutama sekali pada Islam.
Quote ezacbee 13-8-2021 02:14 AM
Dah hagak mesti kena maki. Jgn laa ko g sentuh bdk2 kpop tu. Kang abis semua Hal ko kena londeh. Dorang ni pantang klo kutuk2 idolat dorang.
Quote niena90 13-8-2021 02:14 AM
Kenapa dia ckp bts n blackpink? Sbb dorg tu la fenomena tgh IN skang. If this happens zaman spice girls, for sure dia akan petik nama jgk. So take it positively, dia cuma nasihat dan bagi contoh aje. Bukan dia paksa boikot pun mcm boikot produk yahudi! Adoiii
Quote LadyCarefree 13-8-2021 02:31 AM
joyahPPR: tapi nape dia nak kena mention bts, blackpink? cakap general tak boleh ke


Exactly. Dengki kot. LOL.

Dia xtahu ke si RM tu IQ level genius. Lagu2 BTS semua ada pengajaran. Lawak2 dia bagus sangat ke? Lain kali dia masuk pertandingan apa semua jangan bazir duit vote jangan bazor masa tengok.

Btw xnak tegur ke jangan idolakan bini dia? Teruk melampau tahapnya memuji dan jadikan idola. Patut idolakan isteri2 nabi lah kan?
Quote irish_ieka 13-8-2021 02:36 AM
diorg ni dh smpi tahap taksub. kalau ko tkleh terima teguran shuib tu dhla tkyah la ko dok kutuk2 idung bini die yg dh meninggal. biadap btl.
Quote nadie90 13-8-2021 02:46 AM
Xdinafikan nasihat yg bagus dr Shuib ttg xpyh nak terlalu mengidolakan BTS dgn Blackpink (balik2 2 group ni yg meniti di bibir org rmai sbb popular hbis lol).....cma motif tiba2 Shuib nasihat psl ni sbb ap ya...rsny rata2 yg tonton IG Live dia hrtu lbih kpd nak dgr luahannya slps khilgn psgn hidup...

TBH sy masih xprcy arwah kak Siti Sarah dah xad....sy bukan peminat tegarnya tapi mmg mula knl arwah sjk dgr lagu Kesetiaan dimainkan di radio diawal thn 2000....sy ska lgu Ku Teruskan dan lgu tu antr my all time fav song

Salam takziah buat Shuib sekeluarga....semoga arwah ditempatkan diklgn org2 yg beriman dan diampunkan sgl dosa2nya semasa hytnya di dunia...

Sy agak trauma dgn kematian org akibat wabak penyakit Covid-19....sy sndiri kehilangan bapa saudara pd hr yg sma arwah Siti Sarah meninggal dunia....dan ad juga saudara sblh bapa (anak/menantunya) yg sarat mengandung meninggal dunia bersama anaknya slps dilahirkan (maaf sy critakan sikit ttg kjdian bru2 ni dr keluarga trdkt sy)

Jaga diri baik2 ya semua....kerapkan cuci tangan dan bersihkan diri selepas keluar dr rmh....semoga kita semua sntiasa dlm perlindungan Allah dr dijangkiti wabak penyakit merbahaya.....Aminn

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.086599 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top