Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom masih mempertimbangkan untuk beraksi dalam Kejohanan Dunia, Oktober ini kerana mahu fokus terhadap keluarga selepas berpisah sejak dua tahun lalu.
Keputusan akan dibuat dalam masa terdekat untuk mengetuai skuad negara yang mencabar tanpa jaguh utama, Datuk Azizulhasni Awang. Shah Firdaus bakal menjadi sandaran Malaysia untuk menghadapi Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Perancis, Oktober depan. Bagaimanapun, atlet kelahiran Muar, Johor itu kini mungkin turut diketepikan atas alasan sudah lama tidak bertemu ahli keluarga. "Sebelum ini, saya telah berbincang dengan jurulatih mengenai penyertaan saya dalam Kejohanan Dunia. "Bagaimanapun, dia amat memahami kerana saya telah lama berjauhan dengan keluarga," kata Shah Firdaus. "Perkara paling penting bagi saya adalah proses pemulihan daripada kecederaan yang dialami dan meluangkan masa bersama keluarga. Ketika ini, saya masih lagi belum membuat keputusan untuk berlumba dalam Kejohanan Dunia."
Ketua jurulatih negara, John Beasley, mendedahkan bahawa Azizulhasni tidak akan terpilih atas dasar memberinya ruang untuk berehat selepas memenangi pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, Ahad lalu. Sumber: AWANI
|
batmana replied at 13-8-2021 10:42 AM
Cmne leh smpai 2 tahun?pkp aritu bukan 3 start .dia duk negara apa smpai ada pkp dari bulan 8 2019… ...
Kurex replied at 13-8-2021 10:42 AM
Badan dia dappppp
Firenzza replied at 13-8-2021 10:06 AM
Kata poremer aritu diorg ni pelumba pro, income masuk lebat, mna blh tolak2 mcm tu jerr....kitorg ...
ADVERTISEMENT