CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengamal Perubatan Didakwa Merawat Sambil Mencabul

13-8-2021 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3432| Komen: 19

Seorang pengamal perubatan dipercayai mencabul seorang remaja perempuan ketika menjalankan rawatan di rumah keluarga mangsa di Pasir Tumboh di sini minggu lalu.

Kejadian pukul 11 pagi itu dipercayai berlaku apabila keluarga remaja berusia 15 tahun itu menjemput suspek yang berasal dari sebuah negeri di utara pada 2 Ogos lalu.



Tangkap layar rakaman video kejadian perselisihan faham antara suspek dan empat lelaki yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, ibu bapa mangsa menjemput suspek yang berusia 39 tahun untuk mengubati anaknya kerana didakwa histeria dan diganggu makhluk halus.

Katanya, ketika menjalani rawatan di dalam bilik, suspek dipercayai memegang dan meraba seluruh badan mangsa.

“Mangsa mengadu kepada ibu bapanya sebelum membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian di sini malam semalam.


“Siasatan mendapati suspek merupakan pengamal perubatan tradisional yang cedera selepas dipercayai dipukul empat lelaki di sebuah inap desa di Kubang Kerian pada Rabu lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Berita berkaitan: Pengamal perubatan cedera dipukul bomoh, ustaz

Menurut Shafien, tiada tangkapan dilakukan dan polis akan memanggil suspek untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (1) (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Difahamkan, suspek yang cedera dipukul masih dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kerana menghidap penyakit buah pinggang dan kencing manis kronik. 


Sumber: K! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 13-8-2021 11:06 AM
Mana belastop?
Quote mclaren 13-8-2021 11:08 AM
Kenapa masih ada orang percayakan bomoh?

Quote Ayda89 13-8-2021 12:47 PM
Covid tgh teruk pun kau berani buat keja mcmni jantan oi… yg mak bapak pun pi la teman anak tu yg pi biar berduaan kenapa bengap jugak tu
Quote Fortiori02 13-8-2021 01:09 PM
Dah sakit diabetis, buah pinggang bagai tp miang ttp tak hilang kan. Org gini patut kena rejam dgn taik.
Quote Knowlee 13-8-2021 01:16 PM
Kenapa parents tak teman masa rawatan tu?
Kenapa orang masih percaya macam ni semua?
Yg si tua tu pun sendiei berpenyakit pun buat hal juga dah kenapa?
Eloklah semua pun sama-sama bodoh.
Anak tu histeria, cuba bawak jumpa pakar psikiatri. Mesti dia ada isu emosi yg teruk.
Quote budaktua 13-8-2021 01:25 PM
selain dari kata2 'padan muka' apakah kata2 lain yg paling sesuai utk kejadian ini..?
Quote Jiddin 13-8-2021 02:43 PM
Oh...ni kes yg viral 5, 6 Hari lepas Tu ye?

Ada 2 set bomoh dipanggil.

Set satu lg kata depa pindah dok homestay lain bila hari kedua mak budak ni insist suruh budak ni bermlm di homestay yg 2 set bomoh ni bermlm.

Kebenaran tak pasti. Tp seorang mak yg sanggup letak anak perempuan dia tidoq dlm rumah yg ada lelaki2 ajnabi ni mmg tak boleh buruk sangka ka ank boleh kena cabul? Tepuk pala!
Quote imanjannah 13-8-2021 02:43 PM
ini ada kaitan dengan kes yg viral tu ke? atau kes lain
Quote batu kikir 13-8-2021 03:22 PM
Knowlee replied at 13-8-2021 01:16 PM
Kenapa parents tak teman masa rawatan tu?
Kenapa orang masih percaya macam ni semua?
Yg si tua tu  ...

Histeria ni ada kena mengena dengan seksualiti perempuan. Di Barat dulu2......jika ada histeria, maka perawat akan menggentel clit perempuan untuk beri kelegaan.
Quote edayildiz 13-8-2021 03:28 PM
mangsa tu ank kak gee tu ke?
ni bomoh yg kena pukul ngan 3 org bomoh tu kan..kelakar sungguh.
tu la sapa suruh caya bomoh yach
doa mitk dijauhkan dr berjodoj ngn keluarga kaki bomoh gini.
Quote sukacactus 14-8-2021 10:28 AM
Macam2 menimpa family tu
Dr 1 problem ke 1 problem
Quote Lagubestbest 14-8-2021 11:01 AM
edayildiz replied at 13-8-2021 03:28 PM
mangsa tu ank kak gee tu ke?
ni bomoh yg kena pukul ngan 3 org bomoh tu kan..kelakar sungguh. ...

yang ni bukan bomoh, dia "ustaz", malah penampilan lebih meyakinkan dari malaun2 kaki viral 3 orang tu.. kopiah putih, jubah putih, cakap lembut ana ente, nampak bersih dalam rumah pun pakai socks bagai, takde nak terlompat2 menjerit bersilat ke apa.. tapi hakikatnya cmtulah, "ustaz" ni rupanya terpaling iblis kaki santau bagai..
Quote None68 14-8-2021 11:04 AM
Fortiori02 replied at 13-8-2021 01:09 PM
Dah sakit diabetis, buah pinggang bagai tp miang ttp tak hilang kan. Org gini patut kena rejam dgn t ...

Baru 39 dah mcm2 sakit
Quote None68 14-8-2021 11:05 AM
Bomoh bertiga yg lain tu mmg popular ek? Boleh dipercayai ke?
Quote lonely_surina 14-8-2021 11:21 AM
mcm mana anak tu tahu dia di cabul?
xkan masa berubat anak tu berdua sajork dgn setaz tu..
harap sggh laa mak ayah bg anak berubat dgn setaz gini..

ada iolss tgk video yg depa berubat secara online, anak pompuan tu mcm meronta dipeluk..

semoga semua baik2 saja unt anak itu..
Quote Cik_jantung 14-8-2021 11:25 AM
Sori to say.. aku klu sejenis yg claim blh mengubat ni mmg sgt aku ragui.. ada parents yg percaya serah anak dara korang dh kenapa...
Quote aderaderker 14-8-2021 11:27 AM
budaktua replied at 13-8-2021 01:25 PM
selain dari kata2 'padan muka' apakah kata2 lain yg paling sesuai utk kejadian ini..?

Nate beruk
Quote Knowlee 15-8-2021 08:47 PM
batu kikir replied at 13-8-2021 03:22 PM
Histeria ni ada kena mengena dengan seksualiti perempuan. Di Barat dulu2......jika ada histeria, m ...

Takdelah...
Emosi perempuan lagi kuat drpd lelaki.
Quote asfaz 16-8-2021 07:20 AM
Adik aku dlu pernah kena sampuk Puncanya Bergaduh memaki kat belakang block aku dlu. Situ ada lombong tinggal (dah takde air) tetiba menjerit,pengsan . angkat dia,berat ya amat.
Ada sorang mamat ni aku kenal la ,dia baca ayat Qursi,kena gelak aje dek adik aku. Huii meremang.. tpi adik aku tak memanjant cmni. Dia dok baring Tak bangun2. Asal maghrib baru dia dok tersengih2 pandang org yg tgk dia. Dekat seminggu jugak dia kena. Masalahnya berjangkit2. Kena kembar dia,jiran aku 3 org. Yg jiran aku tu teruk la histeria. Ada berubat dgn org pandai tp takde la sentuh2. Dia ckp benda tu saja aje kacau sebab diaorg ni bising mencarut2 kat rumah dia (lombong) tau2 seminggu tu adik aku dah ok. "Dia" pun malas kot org Tak layan dia
Sekali sekala adik aku yg 1st sekali tersampuk tu ,kena balik. Mak aku bakar cili kering aje lastnya dia kuar. Lelama hilang dh tak pernah kena dah.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.055690 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top