Sempena Awal Muharram baru-baru ini, Betty Rahmad kini sudah berhijrah dengan memakai tudung. Katanya dia terdetik pakai tudung selepas anak lelakinya, Awira sudah lancar mengaji Iqra, sedangkan dirinya sendiri masih merangkak membaca Al-Quran.
???Sebenarnya ini semua saya untuk diri sendiri. Setiap kali solat, saya berdoa kepada Allah supaya jadikan diri saya seorang yang lebih baik, beriman dan diberikan hidayah. ???Semuanya terdetik ketika tengok anak pandai mengaji, manakala diri sendiri masih tidak berapa lancar. Sehinggalah saya mula menyertai kelas mengaji dalam talian bersama rakan pelakon, Nabila Huda,??? kongsinya dalam live di instagram.
Tambah Betty, dia melatih dirinya bangun jam 4.30 pagi untuk mendirikan solat sunat tahajud, solat sunat taubat, berdoa dan mengaji. Setiap pagi Betty baca surah Ar-Rahman dan Al-Waqiah, namun ada ayat dalam kandungan surah Ar-Rahman yang benar-benar menjentik hatinya.
"Hati saya tersentak setiap kali membaca ayat ???nikmat Tuhan mana yang engkau dustakan????. Setiap pagi saya ulang membaca surah yang sama. "Setiap hari saya terfikir, alhamdulillah syukur apa yang saya nak, semua Allah bagi. Suami baik dan penyayang, anak bijak dan bisnes yang masih berjalan pada waktu sukar begini sedangkan orang lain bergelut. "Saya teringat kata seorang ustazah, perempuan senang nak masuk syurga. Syaratnya, jaga suami dan anak, jadi ibu yang baik. Saya pun dah jalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dengan baik tapi ada yang tak cukup iaitu aurat." Pemergian Siti Sarah juga menjadi asbabnya.
"Masa arwah masih ada, saya ada pesan tudung jualannya. Waktu itu saya macam ada niat untuk bertudung tapi tak pakai lagi. Saya tunjuk kepada suami dan dia tanya dah nak bertudung ke tapi saya jawab belum lagi. "Selepas arwah meninggal dunia, masa itu barulah saya putuskan untuk pakai tudung. Ketika membaca doa Awal Muharam, saya solat dan baca al-Quran bukan sebab sedih, takut atau susah. Tapi terlalu bersyukur dengan apa yang saya ada. Betapa sayangnya Allah kepada saya, semua urusan dipermudahkan, ada saja rezeki yang masuk." Kakak-kakaknya, Erma Fatima dan Datin Paduka Umie Aida juga terharu dengan perubahan Betty. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|