Beberapa pakar mendakwa bahawa foto menunjukkan seekor angsa terbang dalam keadaan terbalik adalah kerana mahu menunjuk-nunjuk kepada angsa lain, lapor laman metro UK semalam. Foto angsa tersebut yang dirakam jurugambar amatur, Vincent Cornelissen menunjukkan angsa itu terbang dalam keadaan terbalik di Arnhem, Belanda pada Mac lalu.
Foto tersebut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai. Cornelissen meyakinkan orang ramai bahawa angsa berwarna kelabu gelap itu berada dalam keadaan baik dan hanya cuba membuat kawanannya kagum dengan muslihat yang baru dipelajarinya. Pergerakan angsa itu dikenali sebagai whiffling apabila ia cuba turun dengan cepat dalam pergerakan zig-zag. Pergerakan itu juga dikatakan merupakan kaedah mempertahankan diri daripada haiwan pemangsa. “Angsa itu melakukan gaya terbang tersebut untuk mengagumkan kawanannya, seolah-olah ingin berkata ‘Hei, lihatlah saya’.
“Seorang profesor dari Universiti Istanbul turut menyunting gambar saya dengan meletakkan anak panah padanya bagi mengajar pelajarnya tentang aerodinamik,” kata Cornelissen. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT