CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Antivaksin Bakal 'Kepanasan', Kerajaan Pertimbang Wajibkan Pengambilan Vaksin Covid-19

13-8-2021 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5704| Komen: 54

Kuala Terengganu: Kerajaan mempertimbangkan untuk mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 di Malaysia bagi mencapai sasaran imuniti kelompok menjelang Oktober ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan meneliti perkara berkenaan dan ia akan diumumkan selewat-lewatnya bulan depan sebaik sahaja kajian menyeluruh dijalankan.

Beliau berkata, ia termasuk kajian ke atas golongan yang menolak vaksin atau antivaksin dan tindakan undang-undang mengikut peruntukan sedia ada akan dikenakan jika suntikan vaksin diwajibkan.


Foto: BERNAMA

"Kita sedang timbang sama ada nak wajib mandatori atau apa, sedang teliti (dan) tak lama lagi, kita akan umumkan sama ada bulan ini atau bulan depan.


"Kita akan kaji terlebih dahulu jika kumpulan antivaksin ini tidak mahu menerima vaksin kerana berpenyakit atau sengaja tidak percaya dengan vaksin.

"Dengan pelbagai varian yang ada termasuk delta, kita bimbang ia akan merisikokan orang lain termasuk mereka yang sudah divaksin.

"Jadi, saya merayu kepada mereka yang tidak bersedia (divaksin) bersedia (untuk) terima (vaksin) kerana sudah ramai ambil vaksin dan terbukti apabila bila vaksin diberi kehidupan rakyat lebih terjamin dan kalau terkena jangkitan, ia tidak begitu berbahaya dan pulih cepat sebab sudah ada antibodi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Taman Tamadun Islam (TTI), di sini, sempena lawatan kerjanya ke Terengganu, hari ini.

Turut hadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Mengulas suntikan vaksin kepada remaja berusia 16 dan 17 tahun, Muhyiddin berkata, perkara itu akan diputuskan sebaik vaksinasi terhadap rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas selesai.

Dalam lawatan itu, Muhyiddin berkata, sebanyak 590,000 lagi dos vaksin akan dihantar ke Terengganu pada bulan ini untuk meningkatkan peratusan penerima vaksin negeri berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 13-8-2021 12:35 PM
HAbisla gelupur acik ritrut
Quote yusryimran 13-8-2021 12:43 PM
Mengelupur lah geng2 anti vaks hihihi
Quote imanjannah 13-8-2021 12:48 PM
tgok kat fb.. kemain mengomen
Quote Fortiori02 13-8-2021 01:06 PM
Mari kita tgk apa royanan antivaks2 nnt...
Quote grouper 13-8-2021 01:13 PM
Melanggar perlwmbagaan dan hak asasi manusia
Quote slavehunter 13-8-2021 01:15 PM
Bukan kepanasan. Tu bentuk penindasan di zaman ni.
Quote nakkomenjugak 13-8-2021 01:16 PM
deme masa kecik atau anak2 deme masa baby tak divaxx ke?
Quote tipahketipung 13-8-2021 01:27 PM
Dan demikianlahhhhhh......
Quote mclaren 13-8-2021 01:30 PM
Saya setuju bab menghalang kebebasan hak asasi.

Tapi kalau negara2 sekian tu buatkan satu2 undang2 wajibkan sesuatu sebab kerajaan negara tu percaya (tapi tak semestinya rakyat setuju atau percaya yang sama)
kewajiban itu demi keselamatan semua (macam pakai tali keledar semasa memandu), then takde apa yang rakyat boleh buat, melainkan mengundi keluar kerajaan tersebut dan harap the next government may change that law.
Quote kelapaparut 13-8-2021 01:43 PM
suntikan bcg pun semue org amik, xde komplen pon
Quote Mooverine 13-8-2021 01:44 PM
Yang kerja gomen.. sila pastikan la semua nya dah divaksin. Jangan ada yang tak vaksin.
Quote mclaren 13-8-2021 01:57 PM
kelapaparut replied at 13-8-2021 01:43 PM
suntikan bcg pun semue org amik, xde komplen pon

Yang tu katanya dah bertahun2 ujian klinikal dan terbukti selamat
Yang ni emergency approval.
Quote mclaren 13-8-2021 01:58 PM
nakkomenjugak replied at 13-8-2021 01:16 PM
deme masa kecik atau anak2 deme masa baby tak divaxx ke?

Bukan semua anti covid adalah vaccine anti vaccines.


Motif tiba2 jadi macam jurucakap mereka pulak....
Quote norawestallen 13-8-2021 02:12 PM
Bende macam ni aku setuju. Sila laksanakan
Quote norawestallen 13-8-2021 02:13 PM
Benda macam ni aku setuju. Mohon laksanakan cepat…
Quote prettyuglybabe 13-8-2021 02:20 PM
takde menggelupurnya la..
dorangkan pakar menipu..
tak payah risau..
Quote matbad 13-8-2021 02:40 PM
prettyuglybabe replied at 13-8-2021 02:20 PM
takde menggelupurnya la..
dorangkan pakar menipu..
tak payah risau..

hahaha kan. alasan dorang mcm2. kwn aku paling win dia ckp dia tak antivaksin tp vaksin covid ni dlm tahap ujian dan dia xkan cucuk selagi tak terbukti berkesan. lps tu siap la dia punya dalil2 yahudi bagai. malas layan sakit hati haha
Quote Fortiori02 13-8-2021 03:21 PM
matbad replied at 13-8-2021 02:40 PM
hahaha kan. alasan dorang mcm2. kwn aku paling win dia ckp dia tak antivaksin tp vaksin covid ni d ...

Pasal keberkesanan vaksin tu, kan dah byk dipublish oleh badan yg reputable pasal percentage keberkesanannya. Kira kwn chuols lg terer dr pakar2 ya.

Yg aku boleh faham kalau org nak bimbang adalah side effects vaksin tu sbb mmg betul, belum ada kajian yg cukup lg pasal ni. Cuma dlm keadaan gini, kita terpaksa pilih lesser than 2 evils. Tp tu la apapun, berbalik kat pilihan masing2.

Cuma aku still setuju kalau kerajaan wajibkan vaksin spy makin ramai yg divaksin, makin cepatla kita capai herd immunity.
Quote brego 13-8-2021 03:22 PM
Edited by brego at 13-8-2021 03:23 PM

wow panasss nyer titew, tatot nya titew  

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.211797 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top