CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peragawati Dibunuh

25-11-2013 12:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14194| Komen: 43

Seremban: Seorang wanita yang mati dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya dicampak ke longkang di tepi jalan di Taman Seruling Jaya, Labu, di sini, kelmarin, dikenal pasti bekerja sebagai peragawati sambilan di Kuala Lumpur.


Mangsa dikenali sebagai Cheok Hui Min, 22, berasal dari Ampang, Selangor dipercayai pernah menyertai Pertandingan Ratu Cantik anjuran sebuah akhbar berbahasa Cina, awal tahun ini.    Bapa mangsa yang enggan dikenali berusia 50-an berkata, kali terakhir dia menghubungi anak bongsunya pada minggu lalu untuk bertanya khabar.

“Anak saya tinggal bersama bekas isteri di Ampang manakala saya berada di Lukut, Port Dickson selepas kami bercerai.    “Semalam (kelmarin), saya dihubungi anggota polis yang memaklumkan penemuan mayat anak di tepi jalan di daerah ini dan bergegas ke hospital,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, semalam.    Katanya, dia percaya anaknya berkemungkinan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di daerah ini.    “Ini berikutan polis tidak menemui apa-apa dokumen pengenalan diri dan dompet anak turut hilang.

“Bagaimanapun, saya percaya polis dapat menahan penjenayah itu dalam masa terdekat dan yakin mereka dapat menyelesaikan kes ini,” katanya sebak.    Semalam Harian Metro melaporkan, dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa ditemui di longkang di tepi jalan tempat kejadian oleh sepasang suami isteri yang melakukan riadah pagi di sekitar kawasan itu.     Sumber berkata, mangsa berkemungkinan dicekik sebelum mayatnya dicampak di situ berdasarkan kesan lebam di leher dan luka di badan.     Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kita masih menunggu laporan bedah siasat dan akan mengetahui sebab kematian dalam masa terdekat,” katanya.

8

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
6

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batman_2007 24-11-2013 09:27 AM
Adeei. Sakit nye kn cekik
Quote achik2009 24-11-2013 09:58 AM
Model sambilan kena bunuh

2013/11/24 - 06:47:02 AM

      
Anggota polis menyiasat mayat wanita dipercayai  dibunuh serta ditinggalkan di tepi
jalan  di Taman Seruling Jaya Labu, kelmarin. (Gambar kecil) Hui Min pernah
menyertai pertandingan ratu cantik  anjuran akhbar berbahasa Cina.                                       


Seremban: Identiti mayat wanita yang ditemui mati dibunuh sebelum dicampak dalam longkang di Taman Seruling Jaya, Labu, dekat sini kelmarin, dikenal pasti sebagai peragawati sambilan di ibu kota.

Mangsa, Cheok Hui Min, 22, berasal dari Ampang, Kuala Lumpur juga pernah menyertai pertandingan ratu cantik anjuran sebuah akhbar berbahasa Cina awal tahun ini.   
      
Bapa mangsa yang enggan dikenali berkata, kali terakhir dia bercakap dengan anak bongsunya pada minggu lalu ketika menghubunginya untuk bertanya khabar.        
   
Katanya, selepas bercerai, anaknya tinggal bersama bekas isterinya di Ampang, manakala dia kini tinggal di Lukut, Port Dickson.

“Polis menghubungi saya kelmarin, memaklumkan penemuan mayat anak dan saya bergegas ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS). Saya percaya anak saya dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak dalam longkang.

Dompet hilang

“Ini kerana polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri, malah dompetnya juga hilang," katanya di sini, semalam.   

Lelaki berusia 50-an itu bagaimanapun percaya, polis akan dapat menahan penjenayah berkenaan dalam masa terdekat dan yakin dapat menyelesaikan kes itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin, mayat mangsa dalam longkang di tepi jalan ditemui sepasang suami isteri yang melakukan riadah pagi di sekitar kawasan itu.

Mangsa mungkin dicekik sebelum mayatnya dicampak di situ berdasarkan kesan lebam di leher dan luka di bahagian badan.   

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, polis masih menunggu laporan bedah siasat dan akan mengetahui sebab kematian dalam tempoh terdekat.



Credits: bharian.com.my
Last edited by achik2009 on 24-11-2013 09:59 AM

Quote chazey 24-11-2013 09:59 AM
Tak dirogol kan?

Ok. Kes dendam.

Atau mangsa random target.
Quote Kassim_Patalon 24-11-2013 10:02 AM
nismilan darul dicampak ke longkang
Quote purpledesire 24-11-2013 10:02 AM
kesiannye..besar sgt ker salahnye sampai kene bunuh..apapun takziah pada keluarga mangsa..
Quote ushioz 24-11-2013 10:04 AM
najib junior?
Quote siti_kus 24-11-2013 10:11 AM
Takziah..
Quote fatehana 24-11-2013 10:15 AM
apa motif pembunuhan?
Quote dubuk 24-11-2013 10:17 AM
hmmm siapa yg dendam sampai dumped tepi jalan saja takziah
Quote d-7-0ne 24-11-2013 10:33 AM
kes trpencil kata muntri.........
Quote myths2011 24-11-2013 10:33 AM
Takde perasaan main humban aje mayat org mcm tu
Harap kena tangkap la tukang buatnya
Quote AbukRokok 24-11-2013 10:46 AM
mungkin dendam sbb main kayu tiga.....ada sugar daddy
Quote batmana 24-11-2013 10:56 AM
Dia kn pakai seksi, jadi suspek utama adalah jin, jin yg buat keje semo ni.

~ unit siasatan jenayah jin malaysia.
Quote matdue77 24-11-2013 11:00 AM
Kalau motifnya DENDAM biasenye cepat jer polis boleh kesan...

Biasenye macam tu lah...
Quote solstice 24-11-2013 11:14 AM
Selagi undang2 x ef3ktif... selagi tu masalah sosial berleluasa
Quote AHMADVW 24-11-2013 11:16 AM
lengloi,,, mesti ramai skandal boyfreind kat luar
Quote jetrofa 24-11-2013 11:22 AM

kalau setakat motif nak rompak
takkanlah sampai nak bunuh..
Quote alepmama 24-11-2013 11:22 AM
pembunuh kuciwa cinta x berbalas agaknya
Quote SEPT13 24-11-2013 11:24 AM
kes berunsur cemburu dan dendam la ni..siap la bf or x bf kena siasat..

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.099326 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top