CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Mahu Kes Saya Melalui Proses Yang Adil, Telus' - Najib

13-8-2021 05:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3318| Komen: 20

“Saya mahu kes-kes saya melalui proses perbicaraan dan perundangan yang adil dan telus sebab ia satu-satu cara sahaja untuk bersihkan nama saya sepenuhnya”.


Kredit foto: IG Najib


Berikut kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman Facebook beliau terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengemukakan cadangan pengampunan diraja terhadapnya hari ini di Istana Negara.

Kata beliau: “Saya berterima kasih pada NGO ini sebab mengambil berat pada saya tetapi saya tak pernah berhubung dengan mereka dan tidak diberitahu tentang petisyen mereka kepada istana pagi tadi. Saya tidak mahu kes saya digugurkan begitu sahaja dan saya tidak mahu apa-apa campur tangan politik”.



Untuk itu beliau amat yakin tidak bersalah.

“Sebab itu apa perlunya saya diampun sekiranya saya tak salah? Berani kerana benar,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan penyerahan surat cadangan permohonan Najib sebagai Perdana Menteri Interim serta pengampunan diraja bagi menggantikan kerajaan sedia ada oleh satu NGO di Istana Negara.


Kredit foto: FB Najib

Cadangan pelantikan tersebut adalah bagi menggantikan pimpinan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang gagal mendapatkan sokongan majoriti ahli Parlimen.

Sebelum ini, Najib dilaporkan bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.


Sumber: Utusan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MontanaHannah 13-8-2021 05:12 PM
Edited by MontanaHannah at 13-8-2021 05:13 PM

Najib ni dalam ayu kepit dia ,dia ada karisma juga jadi pemimpin .
Kena belajar control bini jangan jadi bodo sgt ,depan rakyat jgn tunjuk mcm negara Malaysia ini harta pusaka mak bapakk ko.

Rakyat marah habis tertomoih la ko semua.
Quote Ayda89 13-8-2021 09:05 PM
Drpd madey,abahcow,anwar.. najib lg pandai tadbir negara tapi tulah slacknya wanita pertama tu…uhuhuhu
Quote zidane_ziege 13-8-2021 09:17 PM
elok lah..jgn kau asik mintak tangguh lagi..kesian la kat cacai ko tu..dh meleleh air liur basi nakkan ko jd pm
Quote Dovahkiin 13-8-2021 09:25 PM
Ye la tu. Kalau tak, xde maknanya kau nak sokong zahid indon totok tu. Masing2 sebenarnya tgh menggelupur tak tido malam pasal kes mahkamah masing2.
Quote iqbalriad 13-8-2021 09:30 PM
Dovahkiin replied at 13-8-2021 09:25 PM
Ye la tu. Kalau tak, xde maknanya kau nak sokong zahid indon totok tu. Masing2 sebenarnya tgh mengge ...

Haha..ambo sokom demo punya ayat ni
Quote rashiman 13-8-2021 09:57 PM
MontanaHannah replied at 13-8-2021 05:12 PM
Najib ni dalam ayu kepit dia ,dia ada karisma juga jadi pemimpin .
Kena belajar control bini jangan ...

kan dia dah tunjukkan, harta pusaka negara Malaysia banyak diabiskan utk rakyat. duit SRC yg dituduh songlap pun dia gunakan utk membantu rakyat.
Quote rashiman 13-8-2021 10:02 PM
zidane_ziege replied at 13-8-2021 09:17 PM
elok lah..jgn kau asik mintak tangguh lagi..kesian la kat cacai ko tu..dh meleleh air liur basi nakk ...

memang elokpun, biar mahkamah buat keputusan tanpa diganggu oleh mana2 pihak.
Quote azahan 13-8-2021 10:55 PM
Muka tak tahu malu
Quote azahan 13-8-2021 10:55 PM
Muka tak tahu malu
Quote azahan 13-8-2021 10:55 PM
Muka tak tahu malu
Quote Adrif 13-8-2021 11:20 PM
dah macam plot dalam movie hindustan pulak

mane la hero bermisai kebal peluru ni
Quote sabundettol 13-8-2021 11:39 PM
Haa bgs. Ko settle dulu
Quote Wonderput 14-8-2021 12:00 AM
Mcm ni lah…kalau dia yakin xbersalah, korg yakin dia bersalah hanya ada dua kemungkinan je

1. Dia bersalah
2. Korg yg salah. Dia di pihak yg betul

Mcm mana korg fikir dia ni salah? Dr sumber apa? Sahih ke?

Dah dia yakin nk dibicarakan tanpa gangguan politik, korg pulak yg menggelupur nk hukum dia salah
Quote albedah 14-8-2021 12:05 AM
Tolong hantar kes ni ke Belanda
Quote Orix 14-8-2021 06:24 AM
Ayda89 replied at 13-8-2021 09:05 PM
Drpd madey,abahcow,anwar.. najib lg pandai tadbir negara tapi tulah slacknya wanita pertama tu…uhuh ...

Pandai dari segi apa tu ? LOL
Quote MontanaHannah 14-8-2021 09:02 PM
rashiman replied at 13-8-2021 09:57 PM
kan dia dah tunjukkan, harta pusaka negara Malaysia banyak diabiskan utk rakyat. duit SRC yg ditud ...

terima kasih abang rashimann
Quote kemaruk 14-8-2021 09:05 PM
MontanaHannah replied at 14-8-2021 09:02 PM
terima kasih abang rashimann

diknah, zahid jadi pm, najib jadi menteri khas kobis
Quote rashiman 14-8-2021 09:22 PM
Orix replied at 14-8-2021 06:24 AM
Pandai dari segi apa tu ? LOL


dari segi ekonomi pun dia pandai....

dapatlah Tun M memanfaatkan hasil peninggalan kerajaan terdahulu...


Malaysia Simpanan 2 Trillion [backcolor=rgb(40, 99, 198) !important]ISU SEMASA & VIRAL
[color=rgba(0, 0, 0, 0.44)]By Admin [color=rgba(0, 0, 0, 0.44)]Last updated Feb 29, 2020




[color=rgb(216, 133, 49) !important] 1,466
Share


Malaysia boleh memanfaatkan penjimatan RM2 trilion untuk terus merangsang ekonomi PUTRAJAYA (27 Feb) bagi membantu menentang kesan negatif akibat wabak Covid-19. -Dr M“Malaysia mempunyai banyak simpanan. Malaysia mempunyai simpanan hampir RM2 trilion, kami akan menggunakan beberapa simpanan ini. Ada dengan Tabung Haji, Bank Negara, KWAP, KWSP … Semua mereka memegang rizab besar. Dan dalam kes KWSP, hampir RM1 trilion,”
kata Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada pemberita selepas mengumumkan pakej rangsangan ekonomi RM20 bilion untuk meminimumkan risiko ekonomi yang berkaitan dengan wabak koronavirus.


Quote MontanaHannah 14-8-2021 09:24 PM
kemaruk replied at 14-8-2021 09:05 PM
diknah, zahid jadi pm, najib jadi menteri khas kobis

Bangkemmmmmmmmmmmmmm

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.099712 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top