CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Saya Tak Jual Barang Terlarang' - Lan Pet Pet

13-8-2021 05:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8800| Komen: 42

Pelawak terkenal, Mazlan Ahmad, 52, atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet menafikan terlibat dalam sebarang penjualan barangan terlarang seperti tular baru-baru ini.

Lan Pet Pet berkata, sebaliknya ia merupakan produk krim kesihatan lelaki dengan dia merupakan rakan kongsi tersebut.


Katanya, video tersebut memberikan imej negatif kepadanya dan keluarga walaupun ketika kejadian sebenarnya dia sedang membuat penghantaran (COD) krim tersebut di sebuah lokasi di Kedah.


Kredit foto: Kosmo

“Ramai salah faham apabila video tular menyatakan saya menjual barang terlarang. Saya ingin tegaskan tidak buat begitu.

“Orang itu (pembeli) duduk kampung hendak membeli krim tersebut, namun tidak tahu cara pesanan dalam talian disebabkan telah tua. Produk ini mungkin menyebabkan dia malu dengan keluarga dan isterinya, jadi saya buat COD produk itu sahaja,” katanya pada sidang akhbar di hadapan kompleks mahkamah, Seksyen 5 di sini hari ini.


Beliau yang kini bekerja sebagai pegawai khas di sebuah firma guaman memberitahu, dia memaafkan perakam dan netizen yang mengecam susulan penularan video tersebut.

Ujar Lan Pet Pet, dia juga tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang termasuk menyaman perakam terbabit dan mereka yang menularkan video itu

Sebelum ini, tular di Twitter sebuah video yang memaparkan seorang individu seperti sedang menjalankan urusan jual beli dalam keadaan mencurigakan.


Sumber: K! ONLINE

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 13-8-2021 05:52 PM
knapa teqeyak
Quote slyfynx 13-8-2021 05:54 PM
Krim untuk pisang lelaki ke?
X terlarang ke?
Quote trexxxxxi 13-8-2021 05:56 PM
Awat tereyak weh {:cryrun
Keadilan perlu ditegakkan

{:yameteh
Quote nakkomenjugak 13-8-2021 06:03 PM
alohhh ciannn
dah orang rakam tu
cakap je encik nak beli jugak ke krim??
Quote matbad 13-8-2021 06:30 PM
bila dah org pangkah sbb tak suka, mcm2 ceta tak sedap kluaq. betabahlah
Quote red_velvet 13-8-2021 06:34 PM
Dia dgn adik Che ta Masih suami isteri ke..bininye nmpak religious sungguh, 24/7 status yislamik sesaje
Quote shida81 13-8-2021 06:42 PM
Yg org rakam tu pun baik confirm kan betul2 b4 jd fitnah...
Quote katakauu 13-8-2021 06:42 PM
red_velvet replied at 13-8-2021 06:34 PM
Dia dgn adik Che ta Masih suami isteri ke..bininye nmpak religious sungguh, 24/7 status yislamik ses ...

masih sbb die dgn biras die yg bermadu tu pun rapat kan
Quote pichee 13-8-2021 06:51 PM
Apa position die tu pegawai khas di firma guaman..
Quote haruslah 13-8-2021 06:51 PM
Ape pun kelaku dia, x elok rakam curi2
Pastu gi viral timbulkan spekulasi
Quote Sazida 13-8-2021 08:00 PM
Demi content… rela jd pemfitnah.  In case kalau betul la si lan petpet ni jual krim je. Tp tgk dlm video tu bkn ke dia ada kuar dr kereta
Quote Belibis 13-8-2021 08:04 PM
manehnya: knapa teqeyak

Musti la sedey..main tudoy tudoy,sedangkan dia buat kerja halal.
Quote Belibis 13-8-2021 08:07 PM
haruslah replied at 13-8-2021 06:51 PM
Ape pun kelaku dia, x elok rakam curi2
Pastu gi viral timbulkan spekulasi

Sebab tu setiap berita jenayah..pulis akan cakap..' orang awam jangan cooba membuat sebarang spekulasi berkaitan kematian mangsa' ..
Quote mohdcrow 13-8-2021 08:47 PM
Kalau betul imej tercalar baik saman jer penyebar video tu, untuk menegak kebenaran...agak berbau ikan la tindakan hang ni
Quote Lentera 13-8-2021 08:54 PM
Kesian dia.. Aku pun tak tau la dia jual apa tapi dia nak cari duit, kesian la. Dah la zaman2 kobid ni.. Tgh lockdown ni la krim anu laris, kasi chance la. Ate buruk beno nengok deme teroyak tu lan oiii
Quote Ayda89 13-8-2021 09:03 PM
Nangis2 ni aku takbleh tahan ni. Jgn la nangis pakcik
Quote annadonna 13-8-2021 09:14 PM
Mungkin dia sedih sangatlah tu sikit sikit jadi bahan netizen. Dia pun dah tua. Dia tau malu jugak.
Quote gideoncross 13-8-2021 09:14 PM
Zmn skrg certain ppl gila nak kjar content sbb nak mrasa dpt bnyk Likes or Loves kat socmeds. Hancus.
Quote me12345 13-8-2021 09:16 PM
Zaman org suka viralkan video curi konon nye...xde keje nk buat content..

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.099810 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top