CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bila Diamati Lirik, Ternyata Arwah Nak Sampaikan Sesuatu", Shuib Kongsi Nyanyian Terakhir Siti Sarah

14-8-2021 12:50 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 18759| Komen: 148




Pagi semalam, pelawak dan pelakon popular, Shuib memuat naik sebuah lagu nyanyian terakhir arwah isterinya, Siti Sarah di saluran YouTube Shuib Channel.

"Lagu terakhir nyanyian BIDADARI KU: 28 JULAI 2021" tulisnya ringkas.

Rakaman video berdurasi 3 minit 16 saat itu memaparkan arwah Sarah lengkap bertelekung solat dengan penuh perasaan melantunkan lagu berjudul Tanpa Kekasihku, nyanyian asal Agnez Mo.

Menurut Shuib, dia berkongsi semula rakaman video itu di channel YouTube kerana risau jika video itu hilang dari simpanannya.

"Jadi saya abadikan di dalam channel ini. Ini lagu terakhir nyanyian arwah pada 28 Julai 2021.


"Arwah yang beriya-iya minta saya rakam dia menyanyi, ternyata semasa saya rekod video ini, saya merasakan satu perasaan yang sangat-sangat lain.

"Cara pandangannya, cara nyanyiannya, cara arwah luahkan hati dan perasaan ketika menyanyikan lagu tersangat istimewa," tulis Shuib.



Tambahnya lagi, lirik lagu terbabit juga membawa makna tersendiri dalam kehidupannya kini.


"Bila diamati bait lirik, ternyata ada sesuatu arwah cuba sampaikan.. InsyaAllah arwah kini tenang di syurga," tambahnya.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton lebih 900 ribu kali dan mendapat 3,156 komen sejak dikongsikannya di YouTube pada pagi Jumaat




Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Diharapkan Shuib lebih tabah dalam mengharungi hari-hari mendatang demi anak-anak. - CARI



1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 14-8-2021 12:58 AM
X payah la bukak byk thread shuib ni.
Nnt org jadi meluat.
Ape die nk post dekat medsos die, tu sukati die le sbb maybe tu cara die venting.
Tp yang nk bukak thread untuk mende ni buat ape?
Quote edayildiz 14-8-2021 01:00 AM
haha i gelak jer la
Quote edayildiz 14-8-2021 01:02 AM
sorry bkn gelak kt arwah..soeb ni..i dok tau la nk kata lg..cuba bawak bertenang boleh tak
i tgk kt fb org dh strt meluat tau..mama i pun sama td..smlm sheols puji lg..arini dia ckp mama tgk ramai pulak yg mmpi.
mama rasa.mls bkk fb/ig smgu
Quote Bunga88 14-8-2021 01:07 AM
Aku tak tau nape ada soft spot kat soeb ni. If that is his way dealing with his griefs right now, let him be…
Quote Ieqa140388 14-8-2021 01:10 AM
Bunga88: Aku tak tau nape ada soft spot kat soeb ni. If that is his way dealing with his griefs right now, let him be…



Setuju. Biarlah die grief care die.
Quote Ieqa140388 14-8-2021 01:12 AM
Langit begitu gelap
Hujan tak juga reda
'Ku harus menyaksikan
Cintaku terenggut
Tak terselamatkan
Ingin kuulang hari
Ingin kuperbaiki
Kau sangat kubutuhkan
Beraninya kau pergi
Dan tak kembali
Di mana letak surga itu
Biar kugantikan tempatmu denganku
Adakah tanda surga itu
Biar kutemukan untuk bersamamu
Kubiarkan senyumku
Menari di udara
Biar semua tahu
Kematian tak mengakhiri
Cinta
Di mana letak surga itu
Biar kugantikan tempatmu denganku
Adakah tanda surga itu
Biar kutemukan untuk bersamamu
Di mana letak surga itu
Biar kugantikan tempatmu denganku
Adakah tanda surga itu
Biar kutemukan untuk bersamamu
Apalah artinya hidup
Tanpa kekasihku
Percuma 'ku ada
Di sini
Kekasihku
Bersamamu
Kekasihku
(Biar kugantikan tempatmu)
Bersamamu
Kekasihku
Bersamamu
Kekasihku
Bersamamu
Kekasihku
Bersamamu
Kekasihku
Apalah arti hidup
Tanpa kekasihku

Iols tolong tepek lirik. Dlm vc lagu ni boypren agnes mati kene tikam
Quote deathacker 14-8-2021 01:15 AM
Ko dah knp Soeb. Xhbs2 dok up kisah arwah isteri ko. Hujung2 esok nikah lain. Biasanya mcm tu la kan. Dah bnyk tengok dah
Quote Nozot 14-8-2021 01:19 AM
Ieqa140388 replied at 14-8-2021 01:10 AM
Setuju. Biarlah die grief care die.

yup tapi tak perlu buka thread banyak-banyak kat sini..
Quote Ieqa140388 14-8-2021 01:20 AM
Nozot replied at 14-8-2021 01:19 AM
yup tapi tak perlu buka thread banyak-banyak kat sini..

Yes. Yg ni pon i stuju hihi
Quote sharlenetexas 14-8-2021 01:33 AM
Bosannya banyak thread.

Quote anakjiran 14-8-2021 01:35 AM
biarlah soeb nak kongsi pun... yg nak meluat dah kenapa, takyah main socmed lah kalau hati nak buruk sangka je kat orang. tengok view dah nak sejuta tu. dapat duit kan view tu? rezeki anak2 dia lah nanti
Quote Normabaru 14-8-2021 01:38 AM
Astagaaaaaaaaaaaaaaa.... Apooooo la soeb ni
Quote jajahoney 14-8-2021 01:38 AM

sedih sangat lagu ni

btw agnes mo? mana monica nya...dah tukar nama ek
Quote akuHavocczz 14-8-2021 01:56 AM
Tak jadi masalah pun shuib nak post pasal arwah wife dia.. yang jadi masalah sekarang.. yang dok repost.. yang up article every post shuib ni..
Quote Banananaa 14-8-2021 02:01 AM
Tak salah soeb post pasal arwah isteri dia. Kenangan terindah dia, tu cara dia grief. Tp yg aku tak tahan hari2 ada je thread baru mereka. Tak boleh sambung pd yg dah sedia ada ke tt oiii. Buka forum berderet tajuk mereka
Quote Mopiko 14-8-2021 02:07 AM
akuHavocczz replied at 14-8-2021 01:56 AM
Tak jadi masalah pun shuib nak post pasal arwah wife dia.. yang jadi masalah sekarang.. yang dok rep ...


biasala dia kan artis.. sejak sarah meninggal ramai media fokus kat dia aje. seminggu dua lagi senyap la tu





Quote Mopiko 14-8-2021 02:12 AM
jajahoney replied at 14-8-2021 01:38 AM
sedih sangat lagu ni

btw agnes mo? mana monica nya...dah tukar nama ek


lagu2 agnes memang best.. kalau karoks wajib ada la lagu dia

nama baru sheols la tu. sejak dia dok US dan tak ngaku orang indon kena kecam teruk dia







Quote ezacbee 14-8-2021 02:19 AM
anakjiran replied at 14-8-2021 01:35 AM
biarlah soeb nak kongsi pun... yg nak meluat dah kenapa, takyah main socmed lah kalau hati nak buruk ...

Xkisah pun cuma jgnlah bukak thread yg sama setiap hari. Hari2 cite soeb.. soeb.. nak gak gosip retis lain.
Quote AnnaSendin 14-8-2021 03:30 AM
Biarlah arwah tenang. Ramai pulak retis, tokey bisness yang tunggang situasi demi likes dan subs. Sedekah ajer al Fatihah untuk arwah Sarah.

Lihat semua komen(148)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.083426 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top