Kota Bharu: Seorang jururawat yang juga hamil meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Sultan Ismail Petra dekat Kuala Krai, semalam. Norfaizah Mohamed Nor, 34, menghembuskan nafas terakhir pada 3.02 pagi.
Difahamkan, wanita berkenaan yang menungggu kehadiran anak sulungnya sejak 10 tahun, sebelum itu terpaksa melahirkan zuriat itu secara pembedahan ketika kandungan berusia 26 minggu. Wanita itu dijangkiti Covid-19 kategori lima dipercayai daripada pesakitnya. Bayi wanita itu kini ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) untuk rawatan lanjut.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin mengesahkan jururawat itu meninggal dunia akibat Covid-19, semalam. Beliau berkata, Allahyarham adalah jururawat di Hospital Gua Musang dan seorang petugas yang berdedikasi. "Jenazah wanita itu dikebumikan di Kampung Lembaga, dekat Gua Musang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Suchi replied at 15-8-2021 02:46 PM
Sedihnya baby dia pun kecik sgt tu 26 minggu harap baby kuat.
10 tahun tunggu lama tu
Baca komen ...
mrsamz replied at 15-8-2021 02:51 PM
Ada baca tadi arwah ni dah penah kene covid bulan 2 haritu..so mayb masa frontliner semua dpt vac ...
mrsamz replied at 15-8-2021 02:51 PM
Ada baca tadi arwah ni dah penah kene covid bulan 2 haritu..so mayb masa frontliner semua dpt vac ...
kalchi replied at 15-8-2021 03:03 PM
Maksud nya ibu mengandung mgu awl2, tu mmg x dibagi ccucuk lgsg ke. Bukan bulan jun aritu dah di ...
mrsamz replied at 15-8-2021 02:51 PM
Ada baca tadi arwah ni dah penah kene covid bulan 2 haritu..so mayb masa frontliner semua dpt vac ...
mrsamz replied at 15-8-2021 03:16 PM
Masa memula prog vac awal tahun aritu kkm tak bagi vac utk 1st trimester..baru2 ni je la masa jun ...
ADVERTISEMENT