CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib Mohon Padam Gambar Sarah Tak Tutup Aurat, Berhenti Puji Berlebih-Lebihan

16-8-2021 08:28 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 9970| Komen: 79|Original author: Oleh: Saiful

Seminggu berlalu sejak pemergian Sarah Raissuddin, Shuib memohon agar orang ramai tidak lagi memuat naik gambar atau video kenangan bersama arwah yang tidak menutup aurat.

Shuib mohon kepada sesiapa yang melakukan demikian agar memadamkannya daripada media sosial.


Kredit foto: IG

"Saya ada permintaan mohon tidak mengeluarkan lagi gambar dan video Allahyarham yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

"Saya juga memohon kepada yang sudah memuat naik di media sosial agar mengeluarkan kembali foto dan video tersebut," katanya melalui Instagram.



Shuib juga meminta agar orang ramai berhenti menceritakan kebaikan arwah secara berlebih-lebihan.

"Cukup kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita. InsyaAllah semoga kita diberkati dan dirahmati Allah."




Semoga Shuib sekeluarga dipermudahkan segala urusan. Bagislah beri peringatan sebegitu, kalau tak ada sahaja yang ikut 'menunggang' kisah arwah. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 16-8-2021 08:31 AM
ko pun kena buat bnda yg sama shuib.. baru org lain xde nk dpt limelight sama..
Quote Nana_Man 16-8-2021 08:35 AM
fadz84 replied at 16-8-2021 08:31 AM
ko pun kena buat bnda yg sama shuib.. baru org lain xde nk dpt limelight sama..

Betul2.. sendiri kene senyap2 jgk.
Quote rain2169 16-8-2021 08:35 AM
ye shuib.... ini yg sebaik2nya...
apa2 pun jgn berlebihan...
ala kadar sahaja.....
Quote trexxxxxi 16-8-2021 08:39 AM
"Cukup kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita. InsyaAllah semoga kita diberkati dan dirahmati Allah."


Hang laa kena mula dulu bersederhana, okay?
Quote codenamedream 16-8-2021 08:48 AM
Siapa yang buat live hari yang sama bini meninggal cerita bini yada yada yada?
Quote Fei.z 16-8-2021 08:52 AM
klu ko buat org akn ikutla soeb
Quote Cik_jantung 16-8-2021 09:07 AM
Kita tengok soeb cakap apa pulak esok ya
Quote downiey 16-8-2021 09:09 AM
fadz84 replied at 16-8-2021 08:31 AM
ko pun kena buat bnda yg sama shuib.. baru org lain xde nk dpt limelight sama..

setuju..
Quote umbut 16-8-2021 09:14 AM
Netz yg sibuk soh top aurat video or gambar lama ni dah knp. Kalo gitu x payahlah tgk filem2 lama pramlee filem2 70an 80an 90an lagu2 lama sebab mostly artis dah mati or bertudung.. Yg penting kan dah berubah. Dosa lama tak top aurat carry forward ke. Kejap lagi setazah kecam
Quote bottombikini 16-8-2021 09:17 AM
kau yg start dulu eb
patut pas live tu dah ko diam je

ini semua kata2 macam naik gunung
amnesia la tu kan
Quote bulalof 16-8-2021 09:24 AM
masalahnya, ko tu yg hari2 buat content tentang arwah, mcm xde rehat dan take 5 langsung sejak arwah meninggal. hari2 shoot video buat content mengenai arwah.

not all things in your life you can put on public secara melebih-lebih.

move on, dan cukup2 la semua benda nak dijadikan content. Ppfftt....
Quote suka2 16-8-2021 09:24 AM
Selagi ko mendayu2 kat socmed, selagi tu org akan amek peluang tunggang kematian arwah...
Quote Suchi 16-8-2021 09:31 AM
fadz84 replied at 16-8-2021 08:31 AM
ko pun kena buat bnda yg sama shuib.. baru org lain xde nk dpt limelight sama..

Dah ada yg tegur dia la tu dia kuar statement gini.
Perasan kat fb pun ramai tegur yg sama.
Quote serimaya 16-8-2021 09:33 AM
Suchi replied at 16-8-2021 09:31 AM
Dah ada yg tegur dia la tu dia kuar statement gini.
Perasan kat fb pun ramai tegur yg sama.

semalam Jinggo cyst sound kat ig kan
Quote fadz84 16-8-2021 09:42 AM
Suchi replied at 16-8-2021 09:31 AM
Dah ada yg tegur dia la tu dia kuar statement gini.
Perasan kat fb pun ramai tegur yg sama.

Patutlah... Dh terhantuk baru nk terngadah la ni yek.. eloklah ada org tegur, kalau tak makin galak..
Quote reddots 16-8-2021 09:42 AM
Entah lah.. skng baru nak merayu suruh netijen padam semua gmbr tak tutup orat..

Apapun ni lah antara hikmah yg kita dpt dari nya. Tak pyh la nak up gmbr2 yg akan memalukan diri sendiri dimasa mendtg. Peringatan utk diriku jua...
Quote uori 16-8-2021 09:43 AM
hujung2 salah netijen
Quote leftenanhensem 16-8-2021 09:46 AM
fadz84 replied at 16-8-2021 08:31 AM
ko pun kena buat bnda yg sama shuib.. baru org lain xde nk dpt limelight sama..

Agree, dia pun tengok berlebih2. kuar kan video arwah menyanyi.. kang cakap dia rindu. rindu pun tak perlu lah nk upload kan


Quote Suchi 16-8-2021 09:47 AM
fadz84 replied at 16-8-2021 09:42 AM
Patutlah... Dh terhantuk baru nk terngadah la ni yek.. eloklah ada org tegur, kalau tak makin gala ...

Iols agak jela tidak takkan dia kuat statement gitu. Iols pun taktau sapa yg tegur dia tp mesti la dia pun dah baca juga.
Maybe kawan2 ustaz dia ke ada yg bgtau ke apa.
Kalau perasan dh ramai org mula tegur pasal ni kan.

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.042446 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top