CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipukul Sampai Berdarah-Darah- Budak 5 Tahun Didera Oleh Ibu Dan Boyfriend

16-8-2021 08:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3778| Komen: 38

Polis menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun dan menahan ibu mangsa serta teman lelakinya selepas dipercayai terlibat dalam kes penderaan di sebuah rumah pangsa di Banda Hilir, di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, mangsa diselamatkan pasukan polis Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Melaka sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, pemeriksaan awal pasukan polis ke atas tubuh mangsa mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan baru dan mangsa dipercayai dipukul menggunakan tangan dan tali pinggang oleh ibunya dan teman lelaki wanita itu.


Foto: Kosmo


“Pihak polis telah menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian tersebut pada pukul 9.25 malam dan sepasukan D11 telah ke lokasi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jelasnya, mangsa merupakan anak sulung dan mempunyai seorang adik perempuan berusia 1 tahun, namun bayi tersebut tidak mengalami kecederaan.

Tambahnya, mangsa juga kini telah dimasukkan ke wad kanak-kanak di Hospital Melaka bagi menerima rawatan lanjut.

Mengulas lanjut, beliau berkata, susulan itu ibu mangsa yang berusia 30 tahun dan teman lelaki 38 tahun telah diberkas di dua lokasi berasingan, di sini, hari ini.

“Suspek lelaki ditahan di pekarangan Balai Polis Bandar Hilir pada pukul 12.15 tengah malam tadi, manakala ibu mangsa ditahan dirumahnya di Banda Hilir kira-kira 30 minit kemudian.

Katanya, suspek wanita mendakwa mangsa merupakan anak hasil hubungan dengan pasangannya sebelum ini, manakala anak keduanya merupakan anaknya bersama teman lelakinya itu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 16-8-2021 09:20 AM
Sundalnya mak dia..
Pastu dera anak plak
Elok bagi boya makan
Quote Amanduuuhh 16-8-2021 09:27 AM
Syaitonnnnirrajim nye mak. Kau ikat peranakan terus la wei xpayah ad anak lg.
Quote Fortiori02 16-8-2021 09:28 AM
Kejamnya. Maknya paling jahanam sekali sbb sanggup dera anak demi jantan tak guna. Kalau tak nak bela anak tu, serah kpd mana2 org yg sanggup bela, bukannya ko dera budak tu.
Quote makiting 16-8-2021 09:29 AM
Kesian… kanak2 jd mangsa..juga  mangsa dilahirkan tanpa sah.. adoiiii
Quote libra_gurlz 16-8-2021 09:51 AM
khinzir
patut campak jer dlm kandang rimau jadi makanan dorang...
kalau dah gatal nak berjantan sekalipun, jgn ler ko abaikan anak tu..
meh sini aku hentak kepala ko bagi berdarah.. apa ko rasa..
mmg ^&^*&%^$%$(&(*_
Quote nakkomenjugak 16-8-2021 09:56 AM
Aku memang tak kesian dengan orang2 dera budak ni
Moga maknya kena kanser rahim
dan moga totey bf shiyal nya hanya shot blank
Tau mulut tak masin tapi alangkah bagus nya termakbul untuk orang2 jenis gini
Quote salmon-suki 16-8-2021 09:56 AM
Sila rejam betina dan jantan tak guna ni smpai mati..xde guna hidup pn..dh laa zina smpai beranak.. kesian anak2 ada mak jalang mcm ni
Quote Minami2013 16-8-2021 10:02 AM
Macam cerita mother version jepun atau korea..
Quote miminn 16-8-2021 10:05 AM
ya Allah teruknya. alhamdulillah dapat diselamatkan. semoga dia dalam jagaan yang lebih baik lepas ni.
Quote any42 16-8-2021 10:06 AM
ingatkn bkn kt Msia. org lain punya la ssah nk dptkn ank. klau ank 5 tahun pun sanggup dera, adiknya yg baby lg tu agknya tunggu masa je la   
Quote SedihPedih 16-8-2021 10:08 AM
sedih bila tgk org yg Allah kurniakan anak tp take for granted.

Semoga adik ni diselamatkan dari ibu bapa yg zalim
Quote naina 16-8-2021 10:08 AM
Minami2013 replied at 16-8-2021 10:02 AM
Macam cerita mother version jepun atau korea..

Versi Jepun Korea China dan barat sana Dorang style tinggal anak berhari demi untuk berfoya bersama boyfren. Mati slow anaknya kelaparan. Versi Malaysia dera
Quote syamzana 16-8-2021 10:14 AM
dah tau sundal bolong gigih plak ko branak. tiap kali ada bf ko nak branak. dasar celaka.
moga anak ni dan bby ditempatkan/dijaga oleh org yg waras. sundal+bf boleh masuk penjara, i doakan kene covid delta slowly menderita.
Quote trexxxxxi 16-8-2021 10:14 AM
Dah senang beranak
Dera anak pulak

Pi ikat saja peranakan tu
Quote Suchi 16-8-2021 10:16 AM
Siannya kiranya mak dia tak penah kawen ke?

Kalau uols perasan la kan kebanyakkan kes membabitkan budak kena dera ngn mak/boipren mak ni bila tgk nama bin Abdullah.
Bila baca je iols paham la kenapa dia kena dera semestinya sejak dr awal kewujudan dia mmg tak berapa diterima.
Jadi mudah je la jd sasaran utk dipukul sana sini.
Bukan sekali dua dah perasan hal ni dh byk kali.
Hat kena dera ngn bapa tiri pun gitu gak.

Sebab tu kadang2 kalau mak yg terlanjur ni tanak bela anak depa takpela dia nk bg kat org pun drpd korang paksa gak depa bela.
Takut bela dlm keterpaksaan ni paham2 jela ye yg jadi mangsa nnt budak tu gak.
Kesian hanya sebab status depa tu mak kandung sendiri pun layan lebih kurang sedangkan semua tahu kasih sayang mak kandung ni melebihi segala2nya tp kenapa dengan anak kandung yg tak sah taraf kalian layan dgn teruk?

Quote meteorspeed 16-8-2021 10:19 AM
Babi nyer ibu nyer.. Ibu kandung ker.. Aku meme tak bleh tgk kes penderaan budak budak. Patuh lahir jadik oink oink jgn jadik manusia untuk ibu n bf nyer.. Manusia ada otak leh pikir.. Ounk oink tak dak
Quote Aikiko 16-8-2021 10:26 AM
Kes dera kanak-kanak makin menjadi2 yek kat Msia nihh

Kementerian masy.or next menteri wanita should do more la about undang2 atau berkaitan kanak2

Wisau je bila mrk dah besar akan jadi orang yg pendendam or introvert tak bersosial ngan masy.bakal jd barah lam komuniti
Quote MISZZZ 16-8-2021 10:31 AM
aku paling ak boleh terima org buat kat anak2 kecik mcm ni, tlg la meninggal sana
Quote matamata 16-8-2021 10:35 AM
Syukur dgn keperihatinan orang awam

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.143182 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top