Cardiff: Gara-gara terpengaruh dengan antivaksin, seorang lelaki di Wales mendakwa kehilangan ibu, bapa dan adiknya dalam tempoh seminggu selepas mereka memilih tidak mahu divaksin.
The Guardian melaporkan seorang cef, Francis Goncalves, 43, mengatakan dia percaya bapanya, Basil, 73, dijangkiti ketika di hospital. Ibunya, Charmagne, 65, dan adiknya, Shaul, 40, dijangkiti virus itu selepas ketiga-tiga menghadiri makan malam bersama-sama. Dia mengatakan ketiga-tiganya yang tinggal di Portugal sebelum ini menolak peluang diberi vaksin. Goncalves mengatakan dia berharap perkongsian pengalamannya itu dapat mendorong orang ramai supaya mengambil suntikan vaksin.
"Mereka terjebak dalam banyak propaganda antivaksin. "Mereka menjadi mangsa antivaksin yang menakutkan orang. "Mesej yang ingin disampaikan kenapa pemerintah ingin menyakiti anda dengan memberi anda vaksin? Apakah tujuan di sebalik itu? Saya bercakap dengan ramai orang yang berasa takut dengan vaksin dan ini mengorbankan nyawa," katanya. Cef itu berkata, ibu bapanya mempunyai sejarah masalah kesihatan, tetapi adik lelakinya orang yang amat sihat. Dia percaya, ketiga-tiganya boleh selamat sekiranya menerima suntikan vaksin. "Sekiranya dia tidak bersenam di gimnasium atau berlari, dia (adik) berjalan-jalan. Dia tidak mengambil minuman keras selama 15 tahun dan melakukan diet berasaskan tumbuhan," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
salmon-suki replied at 16-8-2021 10:05 AM
Unik nama bapak dia,Basil..hehehe
Btw,apa kata antivax semua?ke diam tak berkutik jah?tak nak mat ...
salmon-suki replied at 16-8-2021 10:05 AM
Unik nama bapak dia,Basil..hehehe
Btw,apa kata antivax semua?ke diam tak berkutik jah?tak nak mat ...
primarikey replied at 16-8-2021 03:45 AM
Mati itu pasti...semua org akan merasai mati...klu dh sampai masanye...vaksin ke, tak vaksin ke... ...
ADVERTISEMENT