Sering membintangi drama terbitan syarikat produksi, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, Aqasha menafikan dirinya 'anak emas' kepada pemilik empayar perniagaan itu, Datuk Rosyam Nor.
Aqasha atau nama sebenar, Firdee Akassya Rosli, 38, berkata, persefahaman antara syarikat produksi terbabit dan dirinya menjadikan mereka selesa bekerjasama. "Saya tidak fikir diri ini 'anak emas' Suhan Movies. Saya kerap berlakon di bawah syarikat ini mungkin kerana sudah lama dalam industri. "Seperti yang dinyatakan Rosyam, beliau selesa bekerja dengan orang yang tahu mengenai ruang dan pekerjaannya... Saya juga begitu. "Itu adalah sebab kenapa saya kerap bekerjasama dengan syarikat produksi ini... Saya bukanlah 'anak emas' Suhan Movies," katanya pada sidang media virtual mempromosikan drama rantaian Cik Ayu Mee Sanggul.
Aqasha melakonkan watak duda, Akhtar dalam drama yang menggandingkan dirinya dengan Amelia Henderson. Drama Cik Ayu Mee Sanggul mula menemui penonton di saluran Astro Ria sejak 27 Julai lalu.
|
Cleocatra replied at 16-8-2021 01:04 PM
Meleleh la air liur ritrude tengok abey kasah main gitar tak berbaju
Cleocatra replied at 16-8-2021 05:04 AM
Meleleh la air liur ritrude tengok abey kasah main gitar tak berbaju
cmf_premierleag replied at 16-8-2021 06:18 PM
aqasha ni sebaya dgn remy ishak,fezrul khan and sahezy sam
tp dr segi kendu, opkoz la Fezrul Khan j ...
HafizSariman replied at 17-8-2021 09:10 PM
Sendu Fezrul Khan tu pun dia berlakon ada feeling. Bukan macam setengah pelakon budak baru nak up ...
ADVERTISEMENT