Penyanyi Yasin Sulaiman berkongsi pendapat tentang risiko golongan antivaksin dijangkiti wabak Covid-19 dalam kalangan masyarakat. Menurutnya, masyarakat tidak perlu takut pada golongan yang tidak mengambil vaksin Covid-19 kerana secara teorinya, mereka akan lebih terkesan berbanding yang telah divaksin.
"Pada teorinya, orang dah lengkap vaksin lebih kalis Covid dan orang yang tak ambil vaksin lah pada teorinya yang akan lebih terkesan dengan bahaya Covid. "Dengan erti kata lain, golongan antivaksin lah sebenarnya yang perlu takut pada golongan yang ambil vaksin sebab tak lama lagi, golongan vaksin akan mundar mandir pergi mall (macam aku) bawa Covid tanpa kesan sebab imun kuat. "Tapi bila bawa pada yang tak vaksin boleh jadi yang tak vaksin itu mati. Itupun kalau vaksin yang kita dah cucuk ini ada baik lah," kongsinya di Instagram.
Apapun, Yasin berharap Allah SWT membebaskan manusia daripada wabak berbahaya itu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pendapat berbeza tentang apa yang diperkatakan Yasin itu. Sumber: Gempak
|
nakkomenjugak replied at 16-8-2021 03:15 PM
ahhh yasin ni. ingat yasin senario
twins: setuju dengan statement yasin... sebab tu walaupun dah dapat complete dose tapi tetap tak berani balik kampung rentas daerah... kami kat Fasa 2 boleh ...
Oh...
Jangan Ya Laila
Jangan terpedaya
Apa yang kau lihat semuanya dusta
Dusta yang fana
Pada Ya Laila
Cinta yang fana tiada pengubat Jiwa
twins replied at 16-8-2021 04:22 PM
setuju dengan statement yasin... sebab tu walaupun dah dapat complete dose tapi tetap tak berani bal ...
ADVERTISEMENT