Pengarah dan penerbit, Jinggo menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa bersederhana dan tidak terlalu berlebih-lebihan bila bercerita mengenai insan-insan yang telah pun meninggal dunia.
Menurut Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya, sikap seperti ini secara tidak langsung hanya akan membuka ruang buat orang di luar sana untuk bercakap mengenai insan yang telah pergi. Katanya lagi, dia juga berasa agak kecewa apabila ada segelintir pihak yang menjaja kisah-kisah melibatkan si mati demi kepentingan peribadi. Lantaran itu, Jinggo turut berharap agar perbuatan seperti ini dapat dihentikan dan tidak diulangi lagi pada masa akan datang.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan pandangan yang sama selain turut berharap agar kenyataan tersebut dapat membuka mata semua pihak. Sumber: Media Hiburan
|
Lailerthee replied at 16-8-2021 10:20 PM
Sehari sblm toksidang ni post kat ig dia ayat gini i ada baca dalam forum pasal bnd ni. Tup tup toks ...
ADVERTISEMENT