CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Umur Baru 15 Tahun, Budak Di Kelantan Miliki 111 Biji Pil Kuda

17-8-2021 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2368| Komen: 14

Tatkala rakan seusianya sibuk menimba ilmu, remaja berusia 15 tahun ini dicekup polis kerana bahan terlarang.

Dalam satu serbuan di Kampung Lati, Lemal, Pasir Mas, dia antara tiga individu yang dicekup bersama 111 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM1,100


Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, serbuan pada jam 9.30 pagi itu melibatkan tangkapan tiga lelaki berusia 23 hingga 15 tahun itu berkait dengan laporan sebelum ini.

"Sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) membuat serbuan di lokasi.

"Semasa tiba di lokasi, kita mendapati pintu hadapan rumah tersebut berada dalam keadaan terbuka. Anggota polis kemudian telah masuk ke dalam rumah untuk membuat pemeriksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Foto: mStar


Beliau berkata, semasa pemeriksaan dilakukan polis mendapati tiga individu berada di dalam rumah berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan kemudian dilakukan ke atas sebuah bilik sambil disaksikan kesemua suspek yang membawa kepada penemuan satu kotak rokok.

Katanya, pemeriksaan lanjut telah menjumpai sebanyak 111 biji pil kuda dan kesemua barangan rampasan termasuk suspek dibawa balik ke IPD Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

"Saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah, namun tidak mempunyai rekod jenayah lampau. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 17-8-2021 12:35 PM
Jadi pusher utk rakan2 ke ni.. habis rosak budak2 remaja
Quote nakkomenjugak 17-8-2021 01:28 PM
rumaja malaya bolehhh
Quote mclaren 17-8-2021 01:30 PM
Kesiannya nasib dia. Rosak jadinya. Apa punca ni. Ibu ayah tak jags betul2 ke apa. Harap dapat berubah jadi lebih baik.
Quote Sazida 17-8-2021 03:42 PM
Uihhh. Kampung aku ni. Hmm mmg tokey2 tu guna budak jd pusher dorang.lagi2 yg tak sekolah…tokey dia plak berselindung disebalik rumah buruk.. tokey plak kabel cekang. Kena buang daerah,bergelang kaki pun boleh balik kampung dgn aman.
Quote dua_chzy 17-8-2021 03:45 PM
Good karier choice. Tak la kau mati kebulur then bunuh diri di zaman kobid. Camna nak kata eh, penagih dan pengedar dadah ni takkan jadik penagih/pengedar jika tak enabled by mak pak. Yang faham tu, faham la.
Quote miznora 17-8-2021 05:51 PM
Muda lagi dah terjebak. Nanti habis rakan2 sebaya jadi mangsa

Tapi kadang family jugak support. Contoh : mak ayah yang bagi duit. Kalau tak mana budak2 ni nak dapat duit nak beli pil kuda ke dadah
Quote TravellingBear 17-8-2021 05:57 PM
miznora replied at 17-8-2021 05:51 PM
Muda lagi dah terjebak. Nanti habis rakan2 sebaya jadi mangsa

Tapi kadang family jugak support. C ...

kalau dah beratus pil pada tgn dia, dia yg ber-income & bg duit pada mak ayah
Quote edayildiz 17-8-2021 06:10 PM
belah pasir mas sana mmg gitu kan..sbb dekat belah thai.kalau sskjp belah kb dan sekitar elok jer
dh berapa byk kwn dia kt sekolah yg terpengaruh beli pil kt dia..panas perut mak dia.
Quote Jemahjemah1988 17-8-2021 09:54 PM
Aduhhh apa nak jadi 15 tahun dah jadi tokan... Bussines minded betul
Quote heythere123 18-8-2021 05:24 PM
edayildiz replied at 17-8-2021 06:10 PM
belah pasir mas sana mmg gitu kan..sbb dekat belah thai.kalau sskjp belah kb dan sekitar elok jer:sh ...


betul, belah sana lagi la easy access
Quote tripleid 18-8-2021 05:30 PM
Nak salahkan siam pulekk.. perlis,kedah pun ada sempadan telend tp xde la teruk mcm kelantan serambi mekoh lobai pas
Quote aderaderker 18-8-2021 05:30 PM
Hari tu 11 tahun dah jd seller shopee.

Yg ni pun young entrepreneur gak..cuma ko salah produk dik.
Quote TeropongThaico 18-8-2021 05:50 PM
Kecik2 g dah pandai berbusiness dah. Tp tu le salah barang dagangannya
Quote Megikari 19-8-2021 08:09 AM
Adik aku yg mengajar kat area luar bandar bagitau, budak zaman sekarang ni bukan takat main pil je, sex party pun biasa je bagi diorang. Yg kena tangkap bwk pil jual kat kawan2 sekolah pun ada. Scary betul budak2 zaman sekarang ni

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.039308 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top