Sorotan penting politik negara hari ini lebih tertumpu kepada Yang di-Pertuan Agong apabila ketua-ketua parti akan dipanggil menghadap dipercayai bagi menentukan calon Perdana Menteri kesembilan serta proses pembentukan kerajaan baharu.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka menerima menghadap ketua-ketua parti utama di Istana Negara, bermula jam 2 petang ini. Dalam sesi menghadap itu, mereka dijangka mempersembahkan nama-nama calon Perdana Menteri baharu, sekali gus membolehkan Seri Paduka mendapat gambaran jelas berkenaan tahap sokongan ahli-ahli Parlimen terhadap calon berkenaan. Ini susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam sebagai perdana menteri selepas beliau kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Peletakan jawatannya itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong namun baginda berkenan Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau 'caretaker' sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
Keputusan beliau dibuat selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan, manakala cadang kerjasama rentas parti dengan Parikan Nasional (PN) pimpinannya tidak mendapat sokongan pembangkang. Berikutan itu, antara pemimpin politik yang dicanangkan sebagai bakal calon Perdana Menteri ialah Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein. Desas-desus turut mengaitkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Andaikan itu dibuat pemerhati dan penganalisis politik yang berdasarkan kepada sokongan dan kedudukan parti dan gabungan masing-masing, selain bersandarkan pengalaman lama yang dimiliki mereka. Namun, untuk menjadi Perdana Menteri, mereka sekurang-kurangnya memerlukan sokongan majoriti mudah 111 daripada Ahli Parlimen bagi menubuhkan kerajaan baharu. Ketika ini Dewan Rakyat mempunyai 220 Ahli Parlimen daripada 222 kerusi kerana dua kerusi lagi masih kosong berikutan kematian penyandangnya. Bagaimanapun pada masa ini, setiap blok parti politik dikatakan masih berdepan kebuntuan kerana tiada satu pun mempunyai majoriti itu melainkan mereka berkompromi untuk mengukuhkan kedudukan dan membentuk jajaran baharu. -CARI Sumber: Berita Harian
|
Firenzza replied at 17-8-2021 12:56 PM
Aikkk!.....x nmpk pulak muka wak jahit & jibbun?
zamzam replied at 17-8-2021 01:01 PM
Dia wakilkan anwar
Firenzza replied at 17-8-2021 12:56 PM
Aikkk!.....x nmpk pulak muka wak jahit & jibbun?
Firenzza replied at 17-8-2021 01:03 PM
Oh ye ke? Wakil lobai pun x nmpk.....hadi wakilkan nuart jg ke?
MontanaHannah replied at 17-8-2021 12:59 PM
Jahat zahid hamidi
dia PUNCA kerajaan terbubar
MontanaHannah replied at 17-8-2021 12:59 PM
Jahat zahid hamidi
dia PUNCA kerajaan terbubar
ADVERTISEMENT