CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakaman Kaki Berjoging, Tak Ada Badan Cetus Misteri

17-8-2021 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5159| Komen: 31

Satu rakaman video yang menunjukkan sepasang kaki tanpa badan sedang berjoging di sebuah laluan gelap di satu lokasi tidak didedahkan di luar negara, telah mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen yang pada awalnya menyangka bahawa itu adalah kelibat hantu yang berkeliaran.


Video yang turut dikongsi dalam rancangan teori konspirasi popular The Hidden Underbelly 2.0 itu juga mendapat banyak reaksi lucu netizen memandangkan kelibat berkenaan dilihat tidak menakutkan kanak-kanak yang turut berada di kawasan berkenaan, lapor Daily Star.

Video berkenaan memaparkan sepasang kaki tanpa badan yang muncul secara tiba-tiba di laluan pejalan kaki. Rakaman itu sebenarnya dilakukan oleh seorang penduduk di sana yang sedang merekod video anaknya sedang bermain bersama seekor arnab putih.


Foto: Agensi

Kelibat kaki itu hanya disedari perakam video selepas melihat arnab berkenaan melompat kerana terkejut dengan kelibat kaki yang melalui laluan yang bertentangan dengan lokasi rakaman.

Tular di media sosial, video berkenaan menjadi pertikaian warganet yang sebahagiannya mengatakan bahawa video itu telah disunting. Namun ada juga yang menyatakan bahawa hal itu merupakan perkara mistik.

Pada masa sama, ada juga netizen yang menolak kemungkinan bahawa kaki itu sebenarnya adalah hantu memandangkan kanak-kanak di dalam video berkenaan dilihat tidak terkejut dengan kemunculan kaki misteri itu.

Terdapat juga warganet yang meninggalkan komen lucu dengan menyatakan bahawa kaki itu adalah manusia yang sedang berjoging tetapi lupa untuk memakai baju.

Tidak ketinggalan yang mengaitkan insiden misteri itu dengan filem Harry Potter apabila menyatakan bahawa ia adalah Harry yang sedang memakai jubah halimunan.

Terdapat juga netizen yang meragui rakaman itu dan menyatakan bahawa ia mungkin telah disunting untuk meraih perhatian umum. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 17-8-2021 02:33 PM
@MissNigga yg jogging kot
Quote dua_chzy 17-8-2021 02:34 PM
Ni dah 2021. Hantu pun dah kuat mencapub.
Quote kucingitam 17-8-2021 02:48 PM
kenapa tak berfikiran yang dia memakai baju hitam?
Quote makadek 17-8-2021 03:12 PM
Kqn pakai baju itam tu ngok
Quote Ferr_Remy 17-8-2021 03:22 PM
Mana video nyer? Da 2021 pun tak nak tempek link video ke
Quote depresio 17-8-2021 03:25 PM
Pakai baju hitam la
Quote scorpionkiki 17-8-2021 03:27 PM
Hantu nak jogging pun tak boleh ker?
Quote Kurex 17-8-2021 03:59 PM
Dah sebulan lebih video ni.. lambatnya bukak benang.. ni bukan isu.. sesuai masuk bod MPS
Quote Adrif 17-8-2021 04:01 PM
mungkin orang kulit hitam berjogging topless waktu malam

area aku diorang jogging camtu, baru balik gym, lari keliling rumah tak berbaju, dengan peluh berkilat-kilat, nampak seluar je dari jauh
Quote nakkomenjugak 17-8-2021 04:15 PM
pakai top hitam kot
Quote supernaturalee 17-8-2021 04:21 PM
Adrif replied at 17-8-2021 04:01 PM
mungkin orang kulit hitam berjogging topless waktu malam

area aku diorang jogging camtu, baru bal ...

Mesti berbonjol2an
Klu tgk Olympic tu ...hmmmm
Jp ke kiri, jp ke kanan

Quote Adrif 18-8-2021 12:23 AM
supernaturalee replied at 17-8-2021 04:21 PM
Mesti berbonjol2an
Klu tgk Olympic tu ...hmmmm
Jp ke kiri, jp ke kanan

entah la, gelap. kita ni dah la rabun malam, tak sempat mata nak fokus.ada jenis diorang ni, kalau dah start berpeluh, sebatu jauh boleh bau. tengik!
tutup mata, hidung, mulut, busuk weyy bau peluh
Quote Olumis 18-8-2021 12:34 AM
Ilusi optik je pun.
Quote ninja9 18-8-2021 06:08 AM
[youtube]fWXjexK9LJY[/youtube]
Quote laradelara 18-8-2021 07:33 AM
supernaturalee replied at 17-8-2021 04:21 PM
Mesti berbonjol2an
Klu tgk Olympic tu ...hmmmm
Jp ke kiri, jp ke kanan


U tgk Olympics ni ada sbb lain eh..
Bnda lain yg diperhati
Quote rainbowrainz 18-8-2021 07:35 AM
Dia pakai baju hitam..
Quote supernaturalee 18-8-2021 08:47 AM
laradelara replied at 18-8-2021 07:33 AM
U tgk Olympics ni ada sbb lain eh..
Bnda lain yg diperhati

Thn ni tgk live ms hr terakhir je
Tu pun sbb support jijo

I'm behave this year
Quote Whitepinkrider 18-8-2021 09:00 AM
badan hitam kot
Quote any42 18-8-2021 09:10 AM
putih gila seluar. basuh pkai sabun ape tuuu

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.054402 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top