Jika ramai selebriti wanita berhijrah dengan penampilan bertudung, artis lelaki juga turut melakukan perkara yang menuju kebaikan. Pelakon Hafidz Roshdi membuka tabung sukarelawan di atas namanya dan membuat sendiri penghantaran kepada mereka yang memerlukan. Semuanya direkod dan dikemaskini di media sosialnya sebagai bukti sumbangan tersebut.
Menurut Hafidz, semuanya bermula dengan kerjasama bersama badan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Ikram Malaysia sebelum dia melakukan sendiri kempen tersebut. "Semoga Allah redho dengan apa kita lakukan."
Dalam masa sama, Hafidz juga meminta para pengikutnya supaya menghubunginya jika ada hutang ulasan produk yang belum dilangsaikan sejak tahun 2014 lagi. Baguslah begitu, disebabkan Covid-19, tiada sebarang penggambaran dibenarkan, jadi Hafidz bersama-sama badan bukan kerajaan menolong mereka yang tidak mampu. Tahniah Hafidz Roshdi. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|