Johor Bahru: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan selamat manakala ibunya maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 19.2 Lebuhraya Senai-Desaru.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, bayi berkenaan dipercayai tercampak keluar dari kenderaan dan berada di atas jalan raya selepas kereta Nissan Almera dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Kanan Bomba II M K Haridas berkata, kereta yang dipandu lelaki tempatan berusia 58 tahun itu dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menghala Bandar Penawar, Kota Tinggi. "Sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.25 petang, sembilan anggota bersama sebuah jentera dan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.
"Kemalangan membabitkan tiga mangsa. Pemandu lelaki cedera ringan di bahagian kepala dan tangan manakala bayi itu cedera di bahagian kepala. "Ibunya yang juga warga Indonesia berusia 41 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala bayinya dihantar ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Beliau berkata, operasi ditamatkan kira-kira jam 2.33 petang. -CARI Sumber: Harian Metro
|
nini_azmi: Pakai seat belt tak ibunya. Apepun syukur bayi selamat.Bawk laju ke smpi hilang kawalan? Hiway tu seingat iols lurus je. Tak perasan sedap menekan min ...
Guccibamboo replied at 18-8-2021 09:24 AM
Lebuhraya senai-desaru ni mcm byk eksiden.....jb-desaru pun, ikutkan jln....sunyi sepi je .... mungk ...
ADVERTISEMENT