BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) mendakwa bahawa dia sudah beberapa tahun ‘berkahwin’ dengan hantu Raja Pop Dunia, Michael Jackson atau Jacko.
Menurut akhbar Daily Star UK, wanita bernama Kathleen Robert itu turut berkata, dia adalah kelahiran semula kelahiran bintang filem Hollywood, Marilyn Moore. Katanya, hantu Jacko ‘mengahwininya’ bukan atas dasar nafsu tetapi kerana mahu menggunakan tubuhnya sebagai medium untuk makan biskut. “Hantu Jacko sering datang dan ‘menumpang’ badan saya untuk memakan biskut dan itu sahaja. “Dia tidak berminat menjalin hubungan kelamin atau apa-apa bentuk hubungan lain melainkan untuk memakan biskut,” jelas Robert.
Tambah wanita itu, hantu Jacko juga banyak berborak dengannya dan mengambil berat ke atas dirinya seperti seorang suami. Menyifatkan hantu tersebut sebagai peramah tetapi gemar memberi arahan, Kathleen berkata, dia tidak menyangka sifat ‘suaminya’ yang tampak pemalu di kaca televisyen. “Saya sayangkan dia, walaupun hubungan kami tidak seperti pasangan lain. “Meskipun hubungan perkahwinan kami hanya sekadar di mulut dan tidak diiktiraf di atas kertas tetapi saya tidak kisah,” jelasnya. -CARI Sumber: Kosmo
|
nakkomenjugak replied at 17-8-2021 10:49 PM
......
acik, weed high quality mana uol beli?
nak try
supernaturalee replied at 17-8-2021 10:12 PM
Yg lebih kelakar tt yg post artikel kt sini
ADVERTISEMENT