CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabil Ahmad Dan Isteri Padam Gambar, Mengaku Susah Nak Istiqamah

18-8-2021 01:05 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 12155| Komen: 44|Original author: Oleh: Saiful

Nabil Ahmad dan isterinya, Zira sudah memadam semua gambar lama yang dirasakan tak sesuai tayang kepada umum.

Tambah Nabil, isterinya juga berubah lebih baik selepas kematian Siti Sarah.



Foto: IG

"Satu berita yang sangat menggembirakan bila ramai rakan-rakan selebriti sudah bertudung. Tahniah dan bersyukur... saya tengok perubahan isteri pun rasa syukur sangat.

"Saya doakan mereka ini terus istiqamah. Sebab ujian kita zaman sekarang ini lain sikit. Takut Allah beri hidayah, Allah boleh tarik balik. Bagi saya, perubahan ini sedikit sebanyak kesan daripada pemergian arwah Siti Sarah.

"Kita tak tahu bila akan sampai waktu kita. Macam saya dan isteri pun sudah padam gambar-gambar lama. Isteri saya pun dah padam gambar dia tidak bertudung sebelum ini," katanya kepada mStar.




Sementara itu Nabil mengaku susah nak istiqamah dalam mealkukan perubahan.

"Ujian paling besar setakat ini dari segi nak istiqamah... nak bangun pagi untuk solat tahajud. Kalau masa awal-awal dahulu rajin nak bangun. Selepas itu dah jadi slow.





"Kadang-kadang dapat solat Subuh saja. Nak kekal istiqamah dalam membuat amal ibadah dan buat benda baik ini bagi saya ujian besar. Tapi saya tetap bersyukur dalam perjalanan hidup saya.

"Walaupun dah hujung-hujung tapi Allah bawa juga kita dekat denganNya. Kalau dulu, saya suka pakai cap (topi) tapi sekarang lebih selesa pakai kopiah." -CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azwanaliori 18-8-2021 01:44 PM
Padam gambar pun boleh jadi artikel ke
Quote TeropongThaico 18-8-2021 02:11 PM
azwanaliori replied at 18-8-2021 01:44 PM
Padam gambar pun boleh jadi artikel ke

Hhhahahhhaa
Quote TeropongThaico 18-8-2021 02:15 PM
Nak teruskan istiqomah perlukan kekuatan dlm diri selain bantuan spirit dr org keliling. Wife dia nampak matang sejak bertudung ni
Quote YomiuriLandMae 18-8-2021 03:10 PM
Nabil ni ada vibe2 Mizz Nina la..
tak sangkat dulu huhahuha now betul2 dah berubah..
it's a good change though..
Quote She-Ra 18-8-2021 03:16 PM
appaun penghijrahan  nabil ni nampak ikhlas bkn demi sesuap perhatian
dikelilingi pulak dgn org yg baik2
rajin jgk folo live ig dia dgn ustaz don tu dan dia rajin mentelaah hal agama dan kisah nabi
moga terus istiqamah..
Quote minahmanja 18-8-2021 04:58 PM
dia tkde ke buat live ngan bff dia.. jah & asben..
Quote midori_katana 18-8-2021 06:36 PM
baguslah nabil. semoga istiqamah dan dikurniakan kefahaman ilmu...
Quote hidet 18-8-2021 08:06 PM
suka tgk Zira..dulu free hair lawa, dah bertudung makin lawa..
Quote cik_nur 18-8-2021 08:36 PM
Semoga terus istiqomah untuk jadi lebih baik. Dulu tak minat sangat pun, sekarang suka dengar cerita pasal penghijrahan dia dan isteri
Quote OyenLemas 18-8-2021 08:39 PM
nabil ni. sgt sgt bagus. dulu selalu tlg org2 kampung dia. asbab tu rezeki murah. semoga terus istiqamah
Quote kiah_mai_pulak 18-8-2021 08:41 PM
kenaap muka mcm betty rahmad?
Quote SitiRopeah 18-8-2021 09:11 PM
azwanaliori replied at 18-8-2021 05:44 AM
Padam gambar pun boleh jadi artikel ke

Hahaha.
Actually kalau kita padam gambar dekat Instagram tu kan, gambar tu masuk archive kan, kita still boleh tengok dan kekalkan kat IG.
Just padam daripada profile feed je.
Macam Instagram Story juga.
Quote nakkomenjugak 18-8-2021 09:34 PM
moga terus istiqomah
Quote Jemahjemah1988 18-8-2021 09:38 PM
Moga dipermudahkan..
Quote Lengkong 18-8-2021 09:39 PM
Semoga istiqamah
Quote Anamia 18-8-2021 11:11 PM
Anak2 diorg menjadi sungguh. Jenis budak2 yg cantik bukan comel
Quote katakauu 18-8-2021 11:44 PM
Anamia replied at 18-8-2021 11:11 PM
Anak2 diorg menjadi sungguh. Jenis budak2 yg cantik bukan comel

apoooooo
no 2 cantik yg lain x sgt diMATA aku
Quote cmf_premierleag 19-8-2021 12:08 AM
zira ni lawa
ms free hair lawa
bertudung pun lawa
Quote jijilaaa 19-8-2021 12:25 AM
Seronok tgk couple ni makin hari makin wangiii

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.044215 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top