Usahawan kosmetik dan Instafamous dari Kelantan, Sha Hassan atau nama sebenarnya Wan Nur Siti Aisya Wan Hassan kerap berkongsi tips perniagaan dan berinteraksi dengan pengikut di Instagramnya. Selain mempromosikan produk, Sha turut memuat naik gambar dan video aktiviti harian yang sering dilakukannya bersama keluarga untuk tatapan pengikutnya. Sha yang berperwatakan sentiasa ceria juga dilihat sering berkongsi video menyakat suami dan anaknya dengan pelbagai "prank" yang melucukan. Tanpa sedar, kebahagiaan yang dimiliki keluarga ini telah menarik perhatian seorang wanita berstatus janda dan dengan berani wanita itu menyampaikan hajatnya yang terpendam kepada usahawan itu.
Melalui perkongsian tangkap layar DM yang dimuat naik oleh usahawan tersebut, janda anak dua itu menawarkan diri untuk menjadi "madu". "Seram ye main ig sekarang. Kalau ada yg jual madu pm tepi kita nak pass no akak ni" tulis Sha di kapsyennya. Dalam mesej tersebut, wanita itu mengaku berasa malu namun keadaan sangat mendesak kerana wabak pandemik yang melanda menyebabkan dia hilang sumber pendapatan. Jelas wanita itu lagi, dia melihat usahawan ini seorang yang baik dan gemar membantu pengikut di Instagram. Jadi dia sangat bersyukur sekiranya usahawan itu sudi menerima tawaran untuk berkongsi kebahagiaan bersamanya. Malah, dia turut meninggalkan nombor telefon sekiranya founder dan pengarah Shalicious Empire Sdn Bhd itu ingin menghubunginya. Di ruangan komen, rata-rata pengikut turut terkejut malah ada yang geli hati membaca luahan "berani mati" wanita itu. |
Kurex replied at 18-8-2021 02:26 PM
Aku yakin yg pompuan ni CHAT DIRI SENDIRI atau SURUH ORANG mesej macam ni. Apa2 yg pemes2 ni aku tak ...
Kurex replied at 18-8-2021 02:26 PM
Aku yakin yg pompuan ni CHAT DIRI SENDIRI atau SURUH ORANG mesej macam ni. Apa2 yg pemes2 ni aku tak ...
shernazz replied at 18-8-2021 02:56 PM
Dia terkenal sebab apa?
ADVERTISEMENT