Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) melaporkan pihaknya menemui cebisan mayat manusia terlekat pada roda pesawat tentera C-17 yang berlepas keluar dari Afghanistan sejak beberapa hari lepas, lapor akhbar Metro UK, semalam.
Menurut kenyataan tersebut, cebisan mayat itu dipercayai milik penduduk Afghanistan yang bertindak nekad berpaut pada pesawat kerana terdesak untuk meninggalkan negara itu selepas Taliban mengumumkan pengambilalihan kuasa pada hujung minggu lalu. “Pesawat C-17 berlepas dalam keadaan tergesa-gesa memandangkan situasi yang tidak terkawal di lapangan terbang Kabul pada ketika itu. “Ribuan penduduk bertindak berpaut pada roda dan sayap pesawat ketika berlepas, malah ada yang melayang jatuh ke bawah sebaik kapal terbangan naik ke udara,” tulis kenyataan itu. Pada Isnin lepas, penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai itu terpaksa ditangguhkan selama berjam-jam apabila rakyat Afghanistan menyerbu landasan dan berusaha bermati-matian untuk masuk ke dalam pesawat. Penerbangan disambung semula selepas tentera AS, Turki dan beberapa negara lain mengeluarkan sekitar 15,000 penduduk Afghanistan dari landasan pesawat, demikian menurut seorang pegawai AS. Pihak berkuasa telah mengambil tindakan memeriksa pesawat berkenaan sebelum membersihkan cebisan mayat yang terlekat sebelum memberi pelepasan untuk kembali beroperasi. -CARI Sumber: Kosmo
|
ultra78: Yg takut sangat tu mesti pernah bekerja dengan US sebagai jurubahasa atau informer. Bekas president dia pun melarikan diri.Kerajaan pulak korup. Meman ...
edayildiz replied at 18-8-2021 04:07 PM
Penerbangan disambung semula selepas tentera AS, Turki dan beberapa negara lain mengeluarkan sekitar ...
dani-rox replied at 18-8-2021 06:33 PM
Carilah jodoh dgn anak immigrant Afghanistan di Eropah, mcm Daniel Bamdad
becir replied at 18-8-2021 06:48 PM
Elok lak tak berbulu heols ni..sure lasered off ni..
sambaldurian replied at 18-8-2021 06:44 PM
ni yg sedih. agama Islam tu dh cantik dh. masuk fahaman ekstremis jd la cmni. even sesama rakyat Isl ...
ADVERTISEMENT