Kemunculan rider berniqab mencuri perhatian netizen di TikTok. Menurut Nuralizatul Syahira Ali, 24, dia sama sekali tidak menyangka video dirinya sedang menunggang Kawasaki Z800 tular sehingga meraih hampir sejuta tontonan menerusi platform itu.
Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Syahira mengakui sudah lama minat dengan motosikal berkuasa tinggi, namum impiannya baru direalisasikan pada tahun lalu. "Saya minat motor sejak bujang lagi. Tapi lepas kahwin, saya dah tak ada masa nak fikir mengenai hobi. "Pada November tahun lepas, saya belikan motosikal sebagai hadiah ulang tahun kepada suami. Pada awalnya dia fikir saya nak belikan Y15, tapi saya maklumkan bahawa saya nak beli superbike. "Bila dah beli, suami suruh cuba tapi saya tak berani, saya takut jatuh. Lepas seminggu, saya cuba dan tak sangka boleh tunggang motor tu. "Niat nak beli untuk dia, tapi kita pula lebih-lebih," ujarnya berseloroh.
Bermula detik itu, Syahira mengakui dia semakin seronok dengan hobi permotoran dan banyak berkongsi video di TikTok. Menurut ibu dua cahaya mata itu, dia mahu menyampaikan mesej kepada kaum hawa di luar sana agar berani mengejar impian mereka dalam apa jua cara sekali pun. "Saya belum pernah ride solo jauh-jauh. Cuma kadang-kala saya akan hantar suami ke tempat kerja yang mana perjalanannya sekitar 18 km. Pagi saya hantar, petang saya ambil. "Pada saya, bertudung atau berniqab tak menghalang kita untuk buat perkara yang kita suka. Selagi boleh tutup aurat, saya rasa tak salah. Paling penting kena dapatkan restu suami. "Saya rasa satu kepuasan bila naik motor. Alhamdulillah, setakat ini saya belum pernah terlibat dalam sebarang kejadian tak diingini. "Saya juga memasang impian untuk ride bersama rider kaum hawa yang lain selepas tamat pandemik Covid-19, nak ride ke negeri-negeri lain," ujarnya yang menetap di Kajang, Selangor. Menurut Syahira, selain komen-komen positif dan pertanyaan mengenai motosikal, dia juga tak terlepas menerima kecaman di aplikasi TikTok. Namun katanya, dia mengambil pendekatan positif dan menerima setiap komen sebagai peringatan kepada dirinya untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang. "Ada satu komen, dia kata berpurdah konon, tapi baju ketat. Sebenarnya baju saya longgar, cuma saya masukkan dalam jaket ketika menunggang. Mungkin angle kamera menyebabkan nampak ia ketat. "Tapi video itu suami saya yang edit dan bagi pelepasan. InsyaAllah lepas ni saya akan tapis dan elak video yang boleh mendatangkan fitnah. "Tapi saya anggap dia seorang yang berani untuk tegur. Ia juga membuatkan saya tak 'syok sendiri' dan lebih beringat. Saya pandang positif sebagai peringatan untuk diri," ujarnya lagi. Menurut Syahira, dia turut menjalankan bisnes kasut dan mula memakai niqab pada tahun 2017. Sumber: mStar
|
Tinot7 replied at 18-8-2021 03:29 PM
Baper rega motor tuh?
kivio replied at 18-8-2021 03:52 PM
Range rm25k - 45k
Ikut tahun, status, model
Tinot7: Erkk.. voley beli keta sebijik.. byknya duit dia
Tinot7 replied at 18-8-2021 08:09 PM
Erkk.. voley beli keta sebijik.. byknya duit dia
Belibis replied at 18-8-2021 09:49 PM
Mungkin loan 5 tahun jugak.macam kereta.
kivio replied at 19-8-2021 11:30 AM
Ikut priority je
Kalau dah ada kereta, baru la beli sbike kalau rasa-rasa teringin.
Olumis replied at 18-8-2021 11:58 PM
Eleleh.. niqab la sgt padahal attention seeker
SitiRopeah replied at 18-8-2021 06:44 PM
Sebagai bekas rider (ecceh...), janganlah kecam kata dia pakai baju ketat masa ride (kalau baca dala ...
Olumis replied at 18-8-2021 11:58 PM
Eleleh.. niqab la sgt padahal attention seeker
anony-mous replied at 20-8-2021 10:09 AM
Kaedah tu betul tp perlu ke tayang? Baik bukak jah niqab tu. Xphm aku berniqab sbb apa kalau mcm n ...
ADVERTISEMENT