Sebuah pasar raya di Sydney gempar apabila seekor ular sawa berada di sebuah rak makanan dengan kepalanya menghulur keluar. Lapor BBC, kejadian itu disedari seorang pengunjung, Helaina Alati, 25, apabila reptilia sepanjang tiga meter itu menjelirkan lidahnya.
Kebetulan Alati merupakan seorang penyelamat haiwan liar dan sudah biasa berhadapan dengan ular. “Saya toleh ke belakang dan ular itu berada dalam jarak 20 sentimeter daripada muka dan memandang ke arah saya. “Ular itu seolah-olah ingin berkata supaya membawanya keluar dari kawasan itu,” katanya. Alati mendapati ular itu tidak berbisa dan selepas merakam kejadian itu, dia memaklumkan kepada staf dan menawarkan bantuan kepada pihak pasar raya membawa keluar ular itu. Loading FB Post...
Dia kemudian bergegas mengambil beg guni dari rumahnya dan datang semula ke pasar raya itu. Selepas mengetuk ular itu daripada bahagian ekor, haiwan itu terus memasuki beg guni tersebut. Wanita itu melepaskan ular tersebut di kawasan habitat semula jadi bagi spesies itu di sekitar Sydney. Sumber: Utusan
|
ujio: elok je mcm serah diri nk kembali ke habitat. mcmna la boleh sesat gamaknya masuk ke pasaraya tu..
exclusive_vvip replied at 18-8-2021 05:09 PM
Omgggg! I penah terbayang tau kalu jadi gini kat iols..i dok terbayang kalu la tgh2 cari barang kat ...
jfq replied at 18-8-2021 05:19 PM
Tengah cari barang tiba2 terjengul keluar camni still ok lg
Buat nya raba2 nak ambik syoknyv bela ...
exclusive_vvip replied at 18-8-2021 05:09 PM
Omgggg! I penah terbayang tau kalu jadi gini kat iols..i dok terbayang kalu la tgh2 cari barang kat ...
ADVERTISEMENT